5 cara semak info pengundi PRK Manek Urai

Seramai 12,293 pengundi berdaftar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan, pada 14 Julai ini boleh membuat semakan menerusi lima kaedah ditetapkan.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ngah Senik, berkata semakan boleh dibuat menerusi laman web SPR, pesanan khidmat ringkas (SMS), semakan di pejabat Kelantan, menerusi kaunter semakan maklumat pengundian SPR dan pasukan bergerak SPR.

Pemilih berdaftar diminta menyemak maklumat pengundian mulai semalam bagi memudahkan urusan pengundian pada 14 Julai.

Ngah berkata, pengundi boleh menyemak menerusi laman web www.spr.gov.my.

Katanya, bagi pengundi yang ingin menyemak maklumat SMS, mereka hanya perlu menaip SPRSEMAKNO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 dan dicaj 35 sen bagi setiap SMS.

Semakan di pejabat SPR Kelantan hubungi 09-7482510 dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang sehingga 13 Julai.

Bagi semakan kaunter, pengundi boleh membuat semakan di 11 kaunter SPR di seluruh kawasan DUN berkenaan.

Selain itu, Ngah berkata, SPR menyediakan tiga pasukan bergerak yang akan singgah di tempat tumpuan orang ramai bagi membolehkan pengundi membuat semakan.

- BERNAMA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url