Top Ad 728x90

,

Catriona sah milik Shaharuddin


Pelakon Catriona Norhayati Ross Bahrin Ross, 29, melangkah ke alam baru dalam kehidupannya dengan mengakhiri zaman bujangnya malam kelmarin.

Gadis berdarah kacukan Melayu-Inggeris yang lebih dikenali sebagai Cat itu dinikahkan dengan pasangannya, Shaharuddin Moktaruddin, 30, yang bertugas sebagai Penerbit dan Pengarah Rancangan Televisyen Astro di kediaman keluarganya di Jalan Guchil dekat sini.

Tepat pukul 9 malam, hanya dengan sekali lafaz, Cat sah menjadi isteri Shaharuddin dalam majlis akad nikah yang disempurnakan oleh Imam Masjid Paya Rambai, Mohd. Alwi Mohd. Zain sambil disaksikan oleh 100 ahli keluarga pasangan terbabit.

Rombongan pengantin lelaki membawa wang hantaran RM22,000 dengan sembilan dulang hantaran dibalas 11 dulang daripada pihak perempuan antaranya sirih junjung, sepasang baju Melayu dan sejadah.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90