Jean dilarang pakai di India
"Wanita yang memilih untuk memakai seluar jean akan dibuang dari kolej," kata pengetua kolej perempuan Dayanand, Meeta Jamal, di bandar Kanpur.
"Inilah satu-satunya cara untuk menghalang kejadian jenayah terhadap wanita daripada berlaku," ujarnya lagi.
Kebanyakan kolej-kolej di Uttar Pradesh memutuskan untuk melarang pakaian jean, seluar pendek, blaus ketat dan skirt mini sebagai cara untuk menangani gangguan seksual yang dihadapi pelajar perempuan
Namun, ramai pelajar yang berumur 17 hingga 20 tahun berkata, peraturan baru itu akan menghukum wanita yang tidak bersalah berbanding lelaki yang memberi layanan tidak baik terhadap mereka.
"Melarang penggunaan kebanyakan pakaian tidak akan menyelesaikan isu gangguan seksual," kata siswazah Universiti Lucknow, Uzma.
- AFP