Kapten Hayati utamakan disiplin
Bukan calang-calang orang yang mampu memegang tanggungjawab tersebut tetapi Kapten Hayati tidak menganggapnya satu cabaran tetapi seni kerjaya yang menarik.
“Bagi saya, doktor gigi merupakan satu seni kerana mencantikkan gigi orang memerlukan kemahiran seni. Bagi memastikan saya sentiasa komited, saya mengutamakan disiplin dalam segala hal,” jelas anak keempat daripada enam beradik.
Selain gemar aktiviti lasak, melancong, menonton wayang dan makan, Kapten Hayati tidak lupa menjaga kecantikan dengan bersenam di pusat gim dan berenang.
Tidak hairanlah, dia masih kelihatan ceria walaupun bekerja dalam bidang profesional dengan mengenakan pakaian seragam ATM.
“Penampilan amat penting termasuk dari segi pemakaian kerana ia dapat mencipta pandangan pertama walaupun ia tidak tepat seratus peratus tepat. Tambahan pula, apabila kita mempunyai imej yang menarik, orang ramai mudah berkomunikasi dengan kita,” katanya.
Di samping itu, Kapten Hayati menjaga waktu tidurnya kerana ia merupakan aspek dalam kesihatan.
Dengan disiplin tidur yang teratur, wajah lebih segar dan ceria.
Bukan itu sahaja, wanita muda ini amat mementingkan aspek penjagaan gigir kerana baginya, ia merupakan titik permulaan senyuman yang menari
Meminati wangian One Drop Perfume yang pelbagai dan mudah dibawa, Kapten Hayati juga gemar makan coklat.
“Coklat boleh membuatkan hidup gembira. Walaupun ia mudah menyebabkan gigi rosak, dengan penjagaan gigi yang sempurna, kita boleh makan apa sahaja,” jelas pemegang Sarjana Muda Pembedahan Pergigian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
- UTUSAN