Kenapa Pas-DAP boleh, Pas-UMNO tak boleh?
khaidir@tv3.com.my
Saya terpanggil untuk bersama-sama memberi pandangan berhubung pembentukan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO kerana ia adalah satu titik permulaan yang sangat baik ke arah penyatuan umat Islam, khususnya orang Melayu di negara ini.
Cukuplah selama ini Melayu berpecah kerana perbezaan ideologi politik. Sebaliknya carilah segera titik persamaan yang boleh mengembalikan kekuatan Melayu di tanah air tercinta ini.
Sebenarnya, titik persamaan utama mereka sudah terlalu jelas dan tak perlu dicari lagi. Ini kerana secara umum semua orang Melayu di Malaysia adalah beragama Islam. Maknanya, mereka menyembah satu Tuhan, Allah SWT, menghadap kiblat yang sama, Baitullah di Mekah, berpegang kepada ajaran kitab yang sama al-Quran dan berpenghulu yang sama, Nabi Muhammad SAW. Jadi, dari segi akidah atau kepercayaan, tidak ada sebab mereka tidak boleh bersatu.
Cuma mereka berpecah kerana ideologi politik. Melayu UMNO dan Melayu Pas. Kenapa harus terjadi begini? Sedangkan hakikatnya, kedua-dua parti memperjuangkan Islam dan dikuasai orang Islam.
Di sinilah perlu wujudnya satu kesedaran yang sangat mudah untuk diperakui di kalangan seluruh umat Islam. UMNO dan Pas hanyalah parti politik, bukannya agama! Agama kita semua hanyalah satu, iaitu Islam. Sehubungan itu, sama ada kita menyertai Pas atau UMNO, kita tetap beragama Islam. Tidak ada hukum Islam yang menyatakan semua orang Islam wajib menyertai atau menyokong parti Pas.
Namun, apa yang berlaku selama ini, orang Pas berpendirian setiap orang Islam mesti menjadi ahli atau penyokong Pas. Kalau tidak, mereka bukan orang Islam. Apakah ertinya semua ini? Adakah orang Pas sudah beranggapan atau mahu menyamakan Pas itu dengan agama? Pas itu Islam dan Islam itu Pas? Kalau begitu, bagaimana dengan orang Islam di luar Malaysia? Adakah mereka juga tidak Islam kerana tidak menjadi ahli atau menyokong Pas?
Hakikatnya, orang Islam tetap orang Islam, selagi mereka berpegang dan mengamalkan Rukun Islam. Ia tidak boleh dipertikaikan sama sekali seperti yang dilakukan orang Pas terhadap orang UMNO dan perkara ini amat jelas dalam al-Quran ayat 94 Surah An-Nisa yang bermaksud;
"Wahai orang yang beriman, apabila kamu pergi berperang pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya) dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman", (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) mata benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). Janganlah kamu gelap mata pada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak.
Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam dan mengucap dua Kalimat Syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu, selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu dan janganlah bertindak terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segalanya yang kamu lakukan."
Ayat di atas juga menyarankan umat Islam tidak boleh terburu-buru berprasangka buruk. Oleh itu, pemimpin Pas juga tidak harus terburu-buru berprasangka buruk dengan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan antara parti itu dan UMNO.
Sebagai, umat Islam, mereka perlu memahami tuntutan ukhuwah Islamiah yang memberi keutamaan kepada perpaduan sesama ummah terlebih dahulu dan bukannya mendahulukan orang bukan Islam seperti yang berlaku dalam penubuhan kerajaan pakatan antara Pas dan DAP di Perak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.
Dalam hubungan ini, saya ingin bertanya kepada pemimpin Pas, terutama Datuk Nik Aziz Nik Mat satu soalan:
"Yang manakah lebih baik, Pas bersatu dengan UMNO yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang Melayu beragama Islam atau Pas bersatu dengan DAP yang ahli dan pemimpinnya majoriti orang yang terang-terang menentang status negara Islam dan kepemimpinan Islam di Malaysia?"
harakah dah melampau..
katanya perbincangan PAs dengan UMNO upama perbincangan Nabi Musa Dengan Firaun.
begini ke cara orang islam melayan orang islam lain?
Bertaubatlah banyak-banyak.
org klate
senang saje sifir PAS dgn UMNO tak boleh nak bersatu.
1. KERAJAAN PAS YG PERINTAH PAS TERUS DIANAK TIRI DAN DI LEWATKAN PERUNTUKAN WAJIB AWAL PAS PERINTAH SEKARANG NI MUNGKIN KURANG KOT.
2. KERAJAAN PAS PERAK DIRAMPAS DENGAN RAKUSNYA OLEH BN MANAKALA BN BUAT BODOH AJE KEHENDAK MAJORITI RAKYAT PERAK UTK BUBAR DUN.
3. PAS SENTIASA BERJUANG UNTUK JADIKAN ISLAM SEBAGAI PERUNDANGAN NEGARA.MANAKALA BN PULA SENTIASA BERJUANG MENGEKALKAN PELEMBAGAAN YG DIWARISI DARI PENJAJAH DAN MAIN PILIH2 AJE UNDANG2 ISLAM YG ELOK AMBIK, YG TAK SECUCUK DGN DEPA TOLAK TEPI.
4. PAS, DAP DAN PKR ADA TITIK PERSAMAAN IAITU MENEGAKAKAN KEADILAN, ANTI ISA DAN LAIN UNDANG YG DEPA TAK SETUJU MANAKALA BN MASIH LAGI MENEGAKAN BENANG YG BASAH, PERTAHANKAN ISA
5. PAS DAN PR PEJUANGKAN TUNTUTAN RAKYAT, MANAKALA BN PERJUANGKAN IKUT KAUM MASING2
6. BANYAK LAGI KALU KAWE NAK TULIS
Jadi kesimpulanya ialah kalu UMNO/BN nak bersatu dgn PAS maka kenalah penuhi perjuangan ketiga parti tersebut maka tercapaialah hasrat penyatua…
ya lah pas smua betol.....
kerja 24 jam setengah ceramah.cakap banyak kerja mcm taik.itulah PAS di kelantan
Sila baca :
http://www.ruangbicarafaisal.com/2009/06/eksklusif-kerajaan-perpaduan-anwar.html