KPLI akan datang dilanjutkan ke 18 bulan

Kementerian Pelajaran akan memanjangkan tempoh pengajian Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selama enam bulan kepada setahun enam bulan, bermula pengambilan Januari 2010.

Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Datuk Misrah Ibrahim, berkata keputusan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak selain mengakui tempoh yang diamalkan selama ini kurang berkesan bagi melahirkan guru berkualiti.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya pada peringkat akhir memuktamadkan kertas kerja mengenai cadangan itu sebelum membentangkannya bagi tindakan kementerian.

"Paling awal pelaksanaan lanjutan tempoh pengajian itu adalah bagi pengambilan Januari 2010. Memang jika boleh nak dilaksanakan segera, tetapi untuk tahun ini amat mustahil kerana pengambilan akan datang adalah pada Julai tahun ini.

"Namun, berdasarkan penelitian serta mengambil kira pandangan semua pihak, BPG positif lanjutan tempoh itu perlu dilaksanakan dan mempunyai rasional kukuh. Cuma ada beberapa perkara perlu diperhalusi sebelum dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya ketika dihubungi Berita Minggu.

Mengenai desakan beberapa pihak supaya tempoh pengajian itu dipanjangkan kepada dua tahun, Misrah berkata, ia tidak relevan kerana terlalu mengambil masa bakal guru.

Katanya, jika tempoh KPLI terlalu lama, mungkin graduan tidak berminat dengan kerjaya perguruan kerana jangka masa sama sebenarnya mencukupi untuk mereka menyambung pengajian ke peringkat sarjana.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, ketika mengulas dakwaan bahawa bidang perguruan menjadi tempat longgokan graduan menganggur, berkata sistem tapisan bakal guru bagi mengikuti KPLI cukup ketat.

Katanya, semua pemohon KPLI perlu lulus dengan purata nilai gred kumulatif (CGPA) 2.75 ke atas pada peringkat sarjana muda sebelum dipanggil mengikuti ujian khas pemilihan guru.

"CGPA itu bukan kecil. Ini bermakna pemohon untuk KPLI terdiri di kalangan antara yang terbaik di universiti. Apabila menduduki ujian pula, banyak perkara boleh dinilai bagi melihat kesungguhan pemohon untuk menjadi guru.

"Jika melepasi ujian, ada pula peringkat ketiga iaitu temu duga yang membolehkan penemuduga menilai secara terperinci sahsiah dan karakter pemohon," katanya.

Katanya, dakwaan itu mungkin berlaku satu ketika dulu kerana tapisan mengikuti KPLI tidak sebegitu ketat, namun dengan 80,000 permohonan tahun ini dan hanya 5,132 pengambilan, persaingan itu pasti sengit dan calon terpilih pastinya antara terbaik.

Pada masa sama, katanya, kementerian kini memperbanyakkan pengambilan guru untuk Program Sarjana Muda Perguruan yang bakal mengisi sehingga 6,200 tempat.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
4 Comments
  • zizOu21
    zizOu21 Isnin, 15 Jun 2009 pada 3:23:00 PG SGT

    bgsla.. kami warga institut pend sbnrnya rs dah lama prkra ni patt dilaksanakan..mmg xdpt dinafikan lebih sprh dr pelajar kpli yg diambil memasuki IPGM atas sebab terpaksa dan dipaksa.. terpaksa sbb keadaan eko yg xmenentu & xda keja. dipaksa oleh ibubapa, suami, isteri dan keluarga. itulah alasan utama sepanjang 5 sesi pengambilan pelajar kpli sejak 2004 yg prnh saya kenali..

    dgn elaun yg agak lumayan setiap bulan, kualiti dlm proses PnP tidaklah spdn dgn elaun yg diperoleh (w/pun ada jgk yg bgs)..

    jd dgn lgkh melanjutkan tmph pembljrn mrka d IPGM, di hrp kualiti pelajar lulusan ipgm akan meningkat dan sifat serta personaliti keguruan benar2 dpt meresapi jiwa mereka. moga menjadi guru yg mmpu mmberi komitmen yg tggi d bidang pend dan sentiasa berkredibiliti dan bertggjwb..
    insya-allah..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 15 Jun 2009 pada 11:53:00 PG SGT

    btw, pelik jugak rasanya, perlu ke ada kursus macam nie, still xcukup lagi ke guru yang ada di Malaysia ni, keluaran maktab lagi, keluaran daripada ipta (yang ambil bidang pendidikan - bukan sikit2 bilangannya), dari luar negara... guru sandaran lagi.. masih perlukan lagi ke kursus dpli n kpli nie, mana perginya bakal2 guru daripada lepasan universiti?

    dengar jugak cerita, sedangkan bakal guru yang lepasan universiti pun xdpt posting lagi...kalau dapar pun kena tunggu bbrp bulan, nak tmbh lg kursus dpli n kpli...

    ada sapa2 yang boleh bg pendapat, xkisahla nak kritik ke, nak sokong...ke nak dedahkan sesuatu ke.. ;P

    thank you.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 13 Julai 2009 pada 11:57:00 PG SGT

    Salam..Mr Adha,

    Sy nak tnye..bila kah permohonan KPLI dan DPLI akan di buka?

    Sy mendengar rumors..ia akan di buka pada pertengahan Julai 2009 ini bg ambilan January 2010. Tp sampai skrg..ia masih belum di buka.

    Saya merupakan graduan UiTM (ijazah finance) dgn CGPA 3.34 dan baru je konvo pada May 09.

    Hari2..sy membuka laman wew KPM, tp tiada lagi pendaftaran di buka.

    help me..

  • guru kpli
    guru kpli Selasa, 22 September 2009 pada 12:03:00 PTG SGT

    mmg betul byk guru di Malaysia tetapi anda tahukah bahawa guru yang byk itu semuanya berada di kawasan bandar & luar bandar...keperluan guru terutamanya KPLI adalah perlu bagi memenuhi keperluan guru2 di kawasan pedalaman sabah & sarawak..kebanyakkan guru2 yg dipostingkan ke pedalaman membuat rayuan tukar sekolah sedangkan dalam perjanjian mereka kena berkhidmat selama 3 tahun di sekolah pertama mereka.

    mmg betul lepas abis belajar x kira KPLI @ DPLI @ lepasan U @ IPG mmg kena tggu beberapa bulan sebelum posting sb mereka kena tgk kekosongan di sekolah2 seluruh malaysia. kalau sek menengah mmg payah sb kadang2 1 sekolah ada 73 orang guru. bagi guru lepasan KPLI, mereka senang posting sebab sek rendah terutamanya kawasan pedalaman mmg kurang guru. buktinya ada sek di kwsn sek saya ada 8 kekosongan & sek tersebut mmg kawasan pedalaman.. so yg nak pohon KPLI, kena sedia dari segi mental, emosi & fizikal.

Add Comment
comment url