Lelaki maut tangkal azimat tembaga disambar petir
Champee a/l Kelean, 45, pemborong sayur di pasar Tanah Merah, ditemui mati dengan kesan terbakar di bahagian pinggangnya oleh penduduk kampung selepas hujan reda, kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Tumpat, Superintendan Khalid Munap, berkata hasil bedah siasat mengesahkan lelaki keturunan Siam itu mati akibat disambar petir.
"Siasatan mendapati tiada unsur jenayah berhubung kematian mangsa, sebaliknya disebabkan panahan petir yang menyambar tembaga yang dipakai di pinggangnya. Berikutan itu, kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya di sini, semalam.
Sementara itu, rakan mangsa, Eh Dam a/l Eh Tip, 60, berkata sebelum kejadian, mereka seramai enam orang termasuk mangsa berehat di pondok itu selepas bekerja di kebun sayur.
"Apabila hujan, kami semua bergegas balik tetapi Champee mahu menunggu sehingga hujan reda.
"Tangkal tembaga yang dipakai 15 tahun lalu mungkin disambar petir kerana dia tak pakai baju," katanya.
- BERITA HARIAN
tula percaya ngan tangkal lg..ish3....ALLAHUAKBAR!!