Aircash - Pelanggan Celcom boleh kirim wang guna telefon bimbit

Celcom (M) Bhd. menjadi syarikat telekomunikasi selular tunggal di Malaysia membolehkan pelanggannya membuat kiriman wang menggunakan telefon bimbit melalui perkhidmatan Celcom Aircash yang dilancar hari ini.

Celcom yang mempunyai sembilan juta pelanggan, menjangkakan setengah juta pelanggan akan menggunakan perkhidmatan yang dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga akhir tahun ini.

Had maksimum urusniaga bagi setiap pelanggan Celcom adalah RM1,500.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, Celcom Aircash membolehkan pemindahan wang dari pelanggan ke pelanggan Celcom yang lain, mengirim wang, menambah panggilan dan pelbagai permintaan asas yang lain.

Jelasnya, pengguna perkhidmatan itu boleh menggunakan sebarang jenis telefon bimbit yang tawarkan hanya pelanggan Celcom di negara ini dan juga pelanggan PT Excelmindo di Indonesia, sebuah anak syarikat Axiata.

"Untuk mengaktifkan akaun Celcom Aircash, para pelanggan perlu mendail *133# dan mengikut arahan pendaftaran seterusnya.

''Sehingga kini, sejumlah 500 cawangan Celcom dan pengedarnya bersedia untuk melaksanakan perkhidmatan itu di seluruh negara yang membolehkan pelanggan mendapatkan tunai yang dikirim,'' kata beliau.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran Celcom Aircash di sini hari ini.

Majlis itu dilancarkan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum.

Menurut Shazalli, pihaknya menyasarkan untuk menyediakan sebanyak 2,000 pusat Celcom Aircash di seluruh negara.

Beliau berkata, pihaknya membangunkan sistem tersebut selama satu tahun setengah dan enam hingga lapan bulan merupakan tempoh ujian percubaan bagi menjayakan sistem berkenaan.

"Celcom Aircash hanya boleh digunakan untuk mengirim wang di antara pelanggan Celcom sahaja dan ia boleh dilakukan di seluruh dunia,'' katanya.

Ketika ditanya tentang jaminan keselamatan wang yang disimpan melalui Celcom Aircash, Shazalli berkata, pihaknya melantik pihak ketiga yang tidak boleh didedahkan nama syarikat tersebut bagi memantau keselamatan urusniaga yang dilakukan pelanggan.

Beliau menambah, setiap data mengenai urusniaga di dalam telefon bimbit akan dihapuskan secara automatik bagi mengelak penipuan atau sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku kecurian telefon bimbit.

"Celcom Aircash boleh diibaratkan sebagai kad mesin juruwang automatik (ATM), tetapi urusniaganya boleh dilakukan melalui telefon bimbit,'' ujarnya.

Ditanya mengenai perkhidmatan di Indonesia, sebanyak 1,000 cawangan Bank Negara Indonesia (BNI) disediakan bagi keperluan pelanggan yang menggunakan Celcom Aircash.

Shazalli memberitahu, pihaknya akan membuat pertambahan perkhidmatan di dalam Celcom Aircash bermula Ogos ini.

Pihaknya juga akan berbincang dengan BNM untuk meningkatkan saiz simpanan wang di dalam sistem berkenaan selain berbincang dengan bank untuk faedah-faedah lain.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 5 Ogos 2011 pada 1:05:00 PG SGT

    Buat ape nak highlight ceo celcom shazalli ramly yg kuat minum arak dan kuat berzina dgn isteri dan awek orang lain? Syaitan ini tak layak memegang jawatan di celcom. Rahsia dia belum dibongkar habis. Dia ni akan mampus nanti.

Add Comment
comment url