Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu runtuh
Gambar fail (Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dari pandangan atas)
Bumbung utama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu runtuh pagi ini menyebabkan kira-kira 70 peratus daripada struktur bumbungnya di bahagian pentas utama musnah sama sekali.
Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan mengenai kemalangan jiwa diterima dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8 pagi itu.
Stadium yang boleh menampung kira-kira 50,000 penonton itu pernah digunakan buat kali pertama semasa Sukan Malaysia (SUKMA) Terengganu pada 2008 dan pernah digunakan untuk perasmian beberapa acara sukan yang lain.
Tinjauan mendapati orang ramai berpusu-pusu datang untuk melihat secara dekat kejadian tersebut. Pihak polis dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) telah mula menutup jalan masuk ke stadium.
Menurut sumber, stadium tersebut sedang dalam proses baikpulih di mana perlawanan bolasepak Liga Super telah dipindahkan ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di Kuala Terengganu.
- MY ADHA - MALAYSIA ™
berita terkini ni...
:)
ape? runtuh?
alhamdulillah...adikku selamat dari runtuhan itu....
apsal pelik sket gmbr tu?
cm bkn gmbr sbnr je???
rsnya area stadium tu len...,
hmmm....btol ke tu gmbr stadium sltn mizan???
Harap2 tak ada yg cedera. TQ for the info..
p/s penah jejakkan kaki masa sukma ari tu...
agaknye struktur dea ta kuat kot.
sebab kan agak kelam kabut dorang na siapkan sukma aritu.
mase sangat ta cukop.
nie bkn stdium 2..
ni memang gambar Stadium Sultan Mizan dari pandangan udara
bumbung yang berbentuk bulan sabit tu la yang runtuh
bulan sabit yang ada bintang tak runtuh
http://hiro-my-day.blogspot.com/
untuk gambar lebih banyak