80% peguam guna Bahasa Melayu
Pengerusi Jawatankuasa Bahasa Melayu MPM, Muhammad Hasif Hassan berkata, trend penggunaan bahasa kebangsaan itu meningkat sejak lima tahun lepas walaupun menghadapi kesukaran dari sudut istilah, tatabahasa dan terjemahan.
"Walaupun penterjemahan adalah sukar, istilah, tatabahasa dan laras bahasa undang-undang adalah berbeza dengan bahasa seharian, kami yakin dapat menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya tidak lama lagi.
"Bagi meningkatkan kemahiran, MPM akan bekerjasama dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bagi mengadakan kursus bahasa Melayu untuk semua peguam," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz di sini, hari ini.
Muhammad Hasif berkata, kursus itu akan memberi ruang kepada peguam mempelajari istilah, tatabahasa dan laras bahasa yang betul supaya penghujahan kes di mahkamah berjalan lebih lancar dan jelas.
- UTUSAN