Forum - Ujian Mtest didakwa tak telus

Saya merayu kerajaan supaya menggubal semula cara pemilihan bakal guru terutama yang mengikuti kursus Perguruan Lepas Ijazah yang dilihat kurang berkesan melahirkan guru berkualiti.

Ujian Mtest tidak begitu telus dan tepat menilai sikap dan sahsiah bakal guru terutama pada bahagian soalan Insak yang begitu subjektif. Oleh sebab itu ramai yang rasanya lebih berbakat menjawat profesion ini terlepas pandang kerana hanya yang lulus ujian Mtest layak ditemuduga.

Saya mencadangkan Kementerian Pelajaran, khasnya Bahagian Pendidikan Guru mengembalikan semula cara tapisan guru seperti pada 2003 yang dikatakan lebih baik di mana ujian bertulis Mtest dibuat bersama tapisan temu duga.

Ujian temu duga ini banyak membantu penilai atau penemuduga dapat melihat bakal pendidik secara lebih telus kerana berhadapan secara langsung dan dapat membuat penilaian sewajarnya. Sesi temu duga ini memerlukan keyakinan tinggi untuk berhadapan dengan orang lain berbanding sesi ujian bertulis yang bersifat objektif.

Untuk menjadi pendidik berkualiti kita memerlukan individu yang berkeyakinan berada di hadapan pelajar. Saya sudah masuk tahun ke empat mengambil Ujian Mtest, namun semuanya gagal untuk melepas ujian temu duga.

FAYRENE,
Kuala Lumpur.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
5 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 14 Julai 2009 pada 9:05:00 PG SGT

    saya bersetuju dgn pendapat fayrene. ini disebabkan saya sudah mengambil 2 kali exam.dua2 x lulus.sedangkan saya ada pengalaman mengajar.saya juga pernah mengambil test medsi.tahun ni lepas la.tp bl interview x lepas.sedangkan semua soalan yang diajukan saya dpt menjawab.walaupun ditanya dalam bahasa inggeris.pemilihan utk menjadi guru sepatutnya dibuat melalui interview.tp mungkin rezeki sy lg...tp sy akan cuba lagi sehingga berjaya.insyaallah.

  • Sabahan
    Sabahan Selasa, 14 Julai 2009 pada 9:33:00 PG SGT

    Pada pendapat saya Mtest dan temuduga pengambilan KPLI tidak menjamin calon guru yang berkualiti kerana ada yang benar-benar berminat menjadi guru dan berkemampuan menjadi guru yang berkualiti terkandas di peringkat Mtest atau temuduga. Kemungkinan persaingan yang terlalu sengit.Saya percaya banyak 'rahsia' di sebalik proses pengambilan calon KPLI yang tentunya masih ada kelemahannya.Proses pemilihan memang baik dan produknya sepatutnya juga baik. Teruskan berusaha kepada yang benar-benar ingin menjadi guru. Semoga rezeki anda datang juga...saya pun kecewa juga sebab terkandas pada temuduga ambilan Jun 2009 yang lalu.

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 14 Julai 2009 pada 9:35:00 PTG SGT

    salam....saya sokong statement kalian nie...ini kerana saya sudah 5tahun mengambil mtest tp satu pon xpernah lepas...saya sendiri tak pasti apa kriteria yang mereka hendak sedangkan saya juga punyai pengalaman mengajar...sedih sekali bila yang di pilih sebenarnya tidak minat malah kpli adalah pilihan terakhir mereka....di mana letaknya kualiti mereka selaku pendidik.....

  • izlin
    izlin Selasa, 14 Julai 2009 pada 9:47:00 PTG SGT

    mungkin ramai yg bakal patah hati lantaran ketelusan mtest di ragui....mmg saya setuju sekali calon di temuduga dan di nilai sendiri oleh penemuduga dari mtest yg tidak dapat menilai calon yang sememangnya layak....saya juga sudah 5 kali mohon kpli dan sekali medsi tp semua gagal...tp saya tetap mencuba dan akan terus mencuba kerna minat yang mendalam terhadap bidan pendidikan ini.....

  • guru kpli
    guru kpli Selasa, 22 September 2009 pada 12:23:00 PTG SGT

    rasanya ramai yg tidak tahu bahawa mtest merupakan satu platform untuk mengetahui seseorang itu layak atau x menjadi seorang guru. saya baru mengetahui hal ini selepas diberi satu ujian yang serupa mtest sewaktu bina insan guru bagi guru kpli. penceramah memberitahu bahawa ujian yg kami isi adalah serupa dgn mtest dan apabila dikira markah, baru kami tahu kenapa ramai yg x lepas mtest.

Add Comment
comment url