Kes H1N1: UiTM Lendu ditutup seminggu


Universiti Teknologi Mara (UiTM) terpaksa menutup kampus mereka di cawangan Lendu, di Melaka mulai hari ini berikutan perkembangan wabak selesema babi atau H1N1 yang setakat ini sudah menjangkiti 13 pelajarnya sejak Sabtu lalu.

Notis penutupan kampus yang membabitkan kira-kira 4,000 pelajar itu akan berkuat kuasa mulai tengah hari ini hingga 24 Julai.

Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Ibrahim Abu Shah ketika dihubungi malam tadi mengesahkan tindakan tersebut selepas mereka mendapat arahan Kementerian Kesihatan.

"Kita akur dengan arahan itu dan mulai hari ini, semua aktiviti dalam kampus ditunda buat sementara waktu.

"Pihak universiti akan mengikut garis panduan yang diberikan kementerian bagi menangani situasi tersebut sehingga tempoh penutupan itu berakhir,'' katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, pihak universiti tidak akan menyekat ibu bapa yang datang untuk membawa pulang anak masing-masing.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
3 Comments
  • Unknown
    Unknown Jumaat, 17 Julai 2009 pada 10:16:00 PG SGT

    bestnye cuti...
    yg xbestnye kene ganti balik..
    wawawawa~

    smg sembuh ye 13 org itu..

  • eng
    eng Jumaat, 17 Julai 2009 pada 2:35:00 PTG SGT

    H1N1: UiTM Students’ Lives at Stake

    I would like to share a news that really shocked me to death. I have friends studying in UiTM Lendu, Melaka, the university that was hit by H1N1 last Sunday. I’ve been following closely on this issue as my friends are in danger and I’m also an university student. As I expected, more students are tested positive for H1N1. The situation is not under control anymore and it’s at critical stage. From 4 cases on 11th July, it increased to 6 cases on 15th July and 9 cases today. The nine UiTM students were part of the 10 new cases of the virus recorded today and all of them are local transmitted. There are many things that are not make public by the university to the media. After the cases were reported in the media, MOH has sent their officers to assist the university medical team. The university’s clinic was packed with students to be screened. Students with serious complication were sent to hospitals while the rest who were affected were quarantine altog…

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Jumaat, 17 Julai 2009 pada 4:17:00 PTG SGT

    Tak baik memburukkan org lain..if betul. Tunjukkan bukti.

    TQ

Add Comment
comment url