Klip video raptai terakhir Jackson mungkin difilemkan!


Viedo pendek 30 saat yang menunjukkan Michael Jackson sedang berlatih untuk bersediaan raptai dua hari sebelum kematiannya telah ditayangkan.

Sedutan video Michael yang lebih daripada 100 jam ketika sedang berlatih itu sedang dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai album "live", filem, dan rancangan berbayar.

Bahan bernilai seperti itu berserta dengan insurans dan jualan tiket boleh membantu Michael mengurangkan beban hutang yang ditanggungnya sekitar $400 juta dolar, lapor penganjur AEG Live.

"Dia merupakan kawan kita di dunia dan akhirat," Kata Presiden dan CEO penganjur konsert AEG Live, Randy Philips.

Michael sedang berlatih untuk raptai satu siri kemunculan semula beliau di London.

"Kalau kita semua melakukan tugas dengan baik, kita mampu untuk mengumpul kutipan berjuta dolar dan ini boleh mengurangkan bebanan hutang Michael," tambah Randy.

AEG Live mengutip keuntungan daripada penjualan album Michael. Jualan album Michael meningkat dengan mendadak selepas dia disahkan telah meninggal dunia minggu lalu.

Dua daripada 3 albumnya berada di senarai hit tiga teratas dan 3.3 juta trek lagunya telah dimuat turun di seluruh dunia untuk minggu ini sahaja.

Randy menjelaskan dia menayangkan klip video itu kerana sudah tidak tahan lagi dengan gambaran negatif yang dipaparkan oleh media terhadap Michael selepas kematiannya.

"Saya membuat keputusan untuk memberi peluang orang ramai lihat sendiri apa yang dilakukan oleh Michael, bagaimana dia berlatih dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Pihak insurans akan membayar gantirugi berkenaan dengan konsert di London sekiranya hasil bedah siasat Michael menjelaskan yang dia meninggal dunia kerana mengambil ubat yang berlebihan.

Jackson ramal upacara peringatinya satu "pertunjukan terhebat di bumi"

Sebelum kematiannya, Michael Jackson pernah membuat ramalan upacara peringatannya (apabila dia meninggal dunia satu hari nanti) bahawa ia mungkin menjadi satu "pertunjukan terhebat di bumi".

Jackson meramalkan perkara kurang manis tersebut dalam satu temuramah pada tahun 2002.

"Ia bakal menjadi persembahan terhebat di bumi. Itu yang saya inginkan. Bunga api dan segala-galanya,” media melaporkan Jackson sebagai berkata.

Hampir satu juta peminat bintang handalan itu dijangka berziarah ke arena The Staples Center di Los Angeles pada 7 Julai ini.

Lebih 750 juta orang akan menontonnya di televisyen.

Keluarga Jackson telah mengesahkan banyak selebriti legenda bakal membuat persembahan dan memberi penghormatan dalam upacara pengebumiannya.

Antaranya, Sir Paul McCartney, penyanyi Diana Ross, dan Liz Taylor.

Terdapat rancangan mendirikan skrin-skrin gergasi di luar stadium bermuatan 20,000 orang untuk menayangkan upacara tersebut.

Media melaporkan surat jemputan telah dihantar kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama untuk menghadirinya.

Jackson - bintang The ‘Thriller’ - akan bersemadi dalam keranda bertatahkan emas 14-karat yang seberat 15,000 pound.

Jurucakap keluarga Jackson, Brian Oxman memberitahu: "Ia akan menjadi upacara pengebumian mega....sangat besar."

- AP
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url