Lelaki rentung NGV meletup


Seorang lelaki ditemui rentung apabila keretanya dan dua lagi kenderaan musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada letupan tangki gas asli (NGV) kenderaannya di tempat letak kereta Pangsapuri Skyvilla Serdang Raya di sini, semalam.

Mayat mangsa, Mayat K Mailvaganan, 43, ditemui di tempat duduk pemandu keretanya jam 6.45 pagi oleh anggota polis yang dihantar ke tempat kejadian sebaik menerima laporan letupan itu.

Difahamkan, letupan itu berpunca daripada tangki NGV kereta mangsa yang enjinnya dihidupkan ketika dia tidur di dalam kenderaan itu.

Kejadian itu disedari seorang pengawal keselamatan apabila beliau mendengar bunyi letupan kuat sebelum melihat kepulan asap menyelubungi tempat letak kereta berkenaan melalui kamera litar tertutup (CCTV).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis percaya mangsa mungkin sedang nyenyak tidur ketika kejadian.

“Pemeriksaan awal polis tidak menemui unsur jenayah pada mangsa atau bahan mudah terbakar seperti petrol di sekitar tempat kejadian termasuk pada kereta itu.

“Kita masih menunggu hasil bedah siasat dari Hospital Serdang bagi mengenal pasti punca kematian lelaki itu, ” katanya selepas majlis penutup Kejohanan Larian Merentas Desa Kontinjen Selangor 2009 di Kampung Kemensah, Hulu Klang, dekat sini semalam.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Norhamizah Satar  IJA
    Norhamizah Satar IJA Selasa, 7 Julai 2009 pada 11:06:00 PG SGT

    Sdr. Adha,
    Kes tersebut masih dalam sisatan Polis, dan dengan mengatakan tangki NGV meletup dalam berita adalah tidak benar. Ini akan menakutkan pengguna NGV dan secara lansung menjejaskan industri bengkel-bengkel pemasangan NGV.

Add Comment
comment url