Nik Aziz akui pegang lilin meragukan tetapi bukan haram
Beliau mengulas tindakan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dalam majlis memperingati kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik kepada seorang anggota Exco Kerajaan Negeri Selangor.
Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan perbuatan itu tidak bercanggah dengan agama jika umat Islam dapat membezakan antara adat resam dan budaya dengan agama sesuatu kaum.
"Tapi saya, selalu (apabila) orang (beragama) Hindu jemput saya pergi ke majlis dia, Cina jemput pergi majlis dia, saya akan tanya ini agama ke atau adat resam.
"Saya kata kalau agama saya tak boleh pergi tapi kalau adat resam saya boleh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Kelantan 2009 di Stadium Sultan Mohamed KeIV, di sini, semalam.
Sebelum itu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar mempertahankan tindakan Mohd Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam manakala Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pula mahukan ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohd Nizar itu.
Nik Abdul Aziz berkata, lilin ini sudah menjadi budaya kepada orang Melayu di mana anakanak turut menggunakan lilin sewaktu menyambut hari jadi dan ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat sekarang.
"Jadi lilin digunakan sebagai satu simbolik untuk masalah umur," katanya.
Sementara itu, ketika ditanya pandangannya mengenai tindakan seorang model yang rela dirotan selepas didapati bersalah kerana minum arak oleh Mahkamah Majistret Kuantan kelmarin, Nik Aziz berkata tindakan itu wajar kerana menunjukkan pesalah terbabit sudah insaf.
Menurutnya, jika model itu boleh menerima hukuman sebat, maknanya dia sudah terlepas hukuman di akhirat dan ini bertepatan dengan langkah Pas mahu melaksanakan hukum hudud.
- BERNAMA
Assalam wbt.
Hukum Islam hanya ada 5 iaitu halal,haram,sunat,mahruh dan harus. Tengah2 antaranya adalah makruh, itupun sudah mendekati haram dan amat dilarang mendekatinya oleh Allah swt. Allah swt ada menyatakan bahawa ( maksudnya lebih kurang macam ni...); kaum kafir itu tidak akan redha/akui/buat geng dgn kita selagi kita tidak mengikuti cara hidup mereka.....pegang lilin di majlis kaum cina mati adalah cara hidup mereka, tiup lilin masa 'birthday' adalah budaya kristian dan Yahudi, tepuk tangan dalam majlis juga budaya kristian dan yahudi......biarpun ia adat ttp jika menjuruskan & berkait-rapat kpd amalan keagamaan maka haram le......( Diminta agar golongan yg lebih agamanya mengulas isu ini....ia suatu isu yg baik utk tatapan umat Islam sekarang yg kian tenggelam antara adat & agama....antara halal & haram. Wallahu'alam.