Pendidikan kanser selepas rawatan

Selepas menjalani rawatan kanser, badan pesakit akan mengalami lesu. Ada ketika mereka akan berasa putus asa kerana tidak dapat menjalani kehidupan seperti orang lain. Bosan dan lemah sentiasa menghantui mereka. Perasaan sedih turut menyelubungi pesakit kerana lesu boleh menjejaskan fikiran dan perasaan. Anda mungkin tidak ingin melakukan aktiviti biasa seperti makan dan membeli-belah.

Bagi mereka yang tiada pengetahuan mengendalikan kelesuan ini, tiada sebarang usaha menanganinya hingga ia berlarutan.

Apa kata anda ke pusat sumber dan pendidikan kanser (CaRE) yang dapat membantu anda keluar daripada belenggu perasaan ini.

Motivasi serta maklumat yang diberikan mengurangkan beban perasaan pesakit dan keluarga.

CaRE yang terletak di (IPSAS) Tingkat 7, Blok Makmal A, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor ini menyediakan pelbagai infrastruktur kepada pesakit kanser untuk terus hidup normal.

CaRE merupakan salah satu komponen inisiatif maklumat, pendidikan dan sokongan kanser (Cancer Information, Education and Support atau singkatannya CiES) .

Menurut Pengurus Projek CaRE, Dr. Othman Omar, CarE ditubuhkan sebagai satu pusat penyediaan maklumat, pendidikan dan sokongan kanser.

"Selain dijadikan pusat sumber maklumat, ia juga merupakan satu pusat untuk memberikan kesedaran awal melalui pelbagai program dan sokongan yang disediakan sepanjang tahun.

CaRE juga ada menyediakan sistem pangkalan data yang akan memberikan maklumat kepada komuniti tentang perkhidmatan kanser setempat seperti bahan pendidikan kanser dan bilik sumber rujukan kanser.

"Selain itu, program rakan sebaya oleh KanWork, program pendidikan kanser, program kaunseling yang dilaksanakan oleh kaunselor profesional, maklumat kanser secara online, direktori sumber kanser dan perkhidmatan KanHelp line oleh jururawat terlatih," katanya.

CaRE dibangunkan melalui satu projek kerjasama antara Universiti Putra Malaysia, Cornell Univeristy, KanWork dan rakan kongsi yang lain.

Secara keseluruhannya, CaRE amat berpotensi menjadi pusat rujukan nasional dalam bidang pendidikan dan sokongan kanser bagi seluruh masyarakat. Dengan adanya pusat rujukan ini, ia memudahkan masyarakat mendapat majklumat dan pengetahuan tentang kanser seperti cara rawatan, perubatan dan penjagaan semasa dan selepas rawatan. CaRE juga menyediakan khidmat nasihat untuk para pesakit kanser, pasangan dan ahli keluarga serta menyediakan peluang berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang penyakit kanser dan cara-cara untuk berhadapan dengannya.

Sementara itu, satu majlis perasmian CaRE akan diadakan pada 8 Julai ini (Rabu) di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Prubatan dan Sains Kesihatan, UPM. Majlis ini dirasmikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Jalil.

KanDidik

Objektif KanDidik:

• Memberikan pendidikan mengenai kanser kepada ahli dan orang awam.

KanInfo

Objektif KanInfo:

• Membangunkan bahan bacaan yang berkaitan dengan kanser.

Kemajuan yang telah dicapai:

• Terdapat 15 judul Factsheet yang diterjemah dan di adaptasi daripada CCV dan PeterMac.

• 2 judul dalam proses percetakan manakala 8 judul lagi akan diterbitkan.

• Sebuah buku untuk di jual

KanHelp Line

Objektif KanHelp Line:

• Menyebarkan maklumat kanser melalui telefon ( 03 89472706 dan membantu mereka yang berhadapan dengan kanser boleh mendapatkan maklumat yang mereka kehendaki.

KanPortal

KanPortal adalah satu inisiatif yang di jalankan oleh CaEd dengan kerjasama KAEM

Objektif KanPortal:

• Menyediakan maklumat, pendidikan dan sumber kanser melalui portal di internet.

Maklumat yang terdapat di dalam KanPortal:

• Jenis kanser.

• Sumber dan sokongan kanser..

• Rawatan kanser.

• Glosari.

KanPortal di akses melalui:

http://www.cancereducation.org.my

KanSumber

Objektif KanSumber:

• Sebagai pusat sumber dan kegiatan kanser tetapi ianya disesuaikan untuk dijadikan sebagai satu pusat sumber maklumat yang berpusat.

KanSupport

Objektif KanSupport:

• Menubuhkan dan mengelolakan kelompok sokongan yang didaftarkan sebagai Persatuan Kanser Network (KanWork).

- MINGGUAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url