Top Ad 728x90

,

5 Tips Untuk Menjadi Usahawan Internet Yang Produktif

Sebagai seorang usahawan internet sememangnya kita perlu merancang baik masa, aktiviti ebiz maupun personal dan projek-projek yang sedang dijalankan dengan sistematik. Oleh sebab itu saya sering mengingatkan diri supaya menjadi lebih peka terhadap masa dan peluang untuk mencapai matlamat. Di samping itu saya kongsikan 5 tips bagaimana kita boleh menjadi lebih produktif sepanjang bergelar usahawan internet ini supaya ia dapat memberi manfaat kepada semua newbie di luar sana. Tips tersebut adalah :

1. Mempunyai matlamat yang S.M.A.R.T.
Penting untuk kita mempunyai matlamat dalam hidup supaya bisnes kita laksanakan ini akan menjurus ke arah pencapaian matlamat dan gol yang kita sendiri tetapkan. Teknik penetapan matlamat secara S.M.A.R.T. saya sudah jelaskan dalam artikel yang lepas dan ia masih kekal relevan sebagai asas utama sesuatu produktiviti. Jika kita tiada matlamat yang jelas dan baik maka sukarlah untuk mencapai aras kejayaan yang diharapkan, oleh itu teknik S.M.A.R.T. mampu memberikan kesan yang positif terhadap personal life, kerja dan bisnes kita.

2. Senaraikan prioriti tugas dan kerja dengan sistematik
Dalam hidup kita ini terlalu banyak perkara yang difikirkan sehingga boleh menyebabkan kita kelam kabut jika tidak disusunatur dengan baik. Cuba anda listkan matlamat dan tugas yang perlu dilaksanakan secara sistematik terlebih dahulu. Semasa saya menghadiri training di Genting April 2009 lepas antara teknik yang boleh digunakan ialah mempraktikkan Task Priority. Ada 4 elemen utama di situ, dan kita gariskan yang mana teramat penting untuk dilakukan terlebih dahulu berbanding yang lain. Yang mana setiap project ada deadline, yang mana promosi ada ending-resultnya, yang mana ada urgent & important diberikan perhatian serius. Kena pandai mengurus task dan juga masa dengan bijaksana.

3. Monitor setiap aktiviti dan task dengan efisyen
Kenkadang setiap part kerja maupun task mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Oleh itu kita perlu memberi perhatian, mengawasi setiap proses dengan schedule yang baik. Misalnya proses web development, ambil masa 3 hari maksimum untuk design layout dan jangan lebih dari itu. Manakala proses upload/restore web dan database ke server dalam masa tidak lebih 1 hari dan begitulah setiap task dan aktiviti ada timeline yang efisyen serta belajar untuk mempercepatkan proses dari masa ke semasa. Jika boleh sub kerja atau outsource perlu dirancang teliti agar tidak menimbulkan apa-apa kesan negatif lain terhadap matlamat.

4. Bataskan aktiviti yang kurang produktif
Kebanyakan usahawan internet mungkin terlalu asyik berlebihan dengan sesuatu perkara mahupun lupa task yang telah ditetapkan. Oleh itu adalah penting untuk mengingatkan diri sendiri perkara 1 dan 2 di atas setiap masa. Kurangkan aktiviti yang tidak produktif seperti :
- Kurangkan YM, MSN, Mirc, Skype dan lelain tanpa tujuan khusus yang bermanfaat.
- Kurangkan masa menonton tv atau main game Playstation/PC Games
- Jangan terlalu asyik dgn facebook, myspace, friendster, twitter sehingga lupa task
- Check email dilimitkan 4 kali sehari iaitu pagi, tengah hari, petang dan malam.
- Kurangkan melepak dan membuang masa tanpa tujuan khusus yang bermanfaat.

5. Beri ganjaran kepada diri sendiri bila sesuatu matlamat hampir sampai
Setelah bersusah payah berhari-hari nak menyiapkan sesuatu projek maka beri rewards kepada diri sendiri sebagai stimulus peransang motivasi untuk lebih bersemangat. Misalnya website client hampir 90% dah siap maka kita boleh hadiahkan diri kita sendiri untuk makan yang sedap-sedap. Terpulang apa jenis rewards pun asalkan tidak melupakan task yang ditetapkan. Ia penting untuk meransang motivasi diri kita.

Mungkin ini 5 tips asas yang perlu kita terapkan dalam kerja seharian, ada banyak lagi tetapi saya rasa yang asas lebih baik dikuasai terlebih dahulu. Walaupun kenkadang kita sering lupa dan leka sehingga mengabaikan task maka cepat-cepat kembali ingat matlamat dan prioriti supaya menjadikan diri lebih berdisiplin. Moga dengan tips ini akan memberi manfaat pada diri saya dan juga pembaca blog rahsiaebiz ini. :)

http://www.rahsiaebiz.com

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90