Top Ad 728x90

, ,

Luahan hati 2,504 pelajar DPLI di UPSI

Oleh SALINA

Saya mewakili 2,504 orang pelajar program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) pengambilan Julai 2009/2010. Kami yang ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengalami 1001 satu pengalaman dan cabaran besar buat kami yang bakal bergelar guru suatu hari kelak.

Kami terpaksa membayar yuran sebanyak RM250 sebagai yuran pendaftaran Minggu Suai Kenal walaupun kami pelajar tajaan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia selama satu tahun.

Kami juga tertanya-tanya kenapa yuran tersebut terlalu mahal dan tidak berpatutan dengan apa yang kami lalui sepanjang tiga (3) hari program induksi itu.

Untuk pengetahuan, kami hanya mendapat beg, baju batik, tali leher, payung, dokumen-dokumen seperti buku program, brosur dan etika pemakaian (kesemua ini difotokopi sahaja).

Selain itu, kami juga dihidangkan dengan dua jenis lauk sahaja dan apa yang menyedihkan adalah kualiti makanan serta air tersebut tidak setimpal dengan harga yang kami bayar. Kami turut dihidangkan dengan lauk yang sama pada dua hari berturut-turut iaitu sayur taugeh dan ikan goreng sahaja. Malahan pelajar-pelajar DPLI tidak langsung disediakan dengan minuman air mineral selama berlangsungya minggu suai kenal.

Menurut rakan-rakan lain yang mengambil program DPLI di universiti-universiti lain, mereka tidak dicaj untuk yuran pendaftaran induksi kecuali UPM yang hanya mengenakan RM50.

Kami ditempatkan di bilik kuliah Proton City yang memuatkan lebih 90 orang pelajar dalam suasana bilik darjah biasa.

Dapatkah anda bayangkan betapa sesak dan tidak kondusif suasana pembelajaran yang sedemikian? Sepatutnya pihak pengurusan harus menyediakan dewan dengan susunan tempat duduk teater. Ini memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran di antara pensyarah dan pelajar.

Pada pandangan kami, UPSI lebih mementingkan kuantiti berbanding kualiti. Diharap pihak pengurusan UPSI memberi perhatian terhadap perkara ini supaya mutu pengurusan dapat dipertingkatkan.

- SINAR HARIAN

7 Comment:

  1. itulah cabaran sebelum menjadi cikgu.mungkin selepas ini ada cabaran lagi.ada rakan2 yang dihantar bertugas di luar bandar.itupun cabaran juga.

    BalasPadam
  2. apsal ske sht tk bersyukur???
    aphal ske sgt komen2 tnp cube memahami???
    klu tak nk blajar , benti je la...
    ade beribu2 lagi kat luar ni yg kempunan nk msk DPLI last intake jun 2009 ni aritu...
    tak sedar d untung tul!!
    tak sala nk luahkan...tp luah ken la ayat baik sket and bg cadangan d akhir kalam..ni taw nk menghentammmmmm je!
    baru sket dugaan jadi cikgu da melayah !!!
    kami ni da bezaman guru kontrakkkk jea...ade banyak prog yg terpakse gune fend sendiri...tak de plak nk nyungut !
    DPLI under KTPM...so KTPM memberi tggjwb secare decentralisation kepada universiti masing2 unt mentadbir menurut agenda pentadbir masing2...klu takat rm250 yang hanya baya skali unt 3 hari da nk komnpain, besok cam ne Tuhan nk bg rm 3000 ke rm4000 bler da jd guru btl2...
    aduaiiiii fikir la dol !!!

    BalasPadam
  3. ntah apa2 la....tu je? rm250 dah bising..bukan rm2500..nanti dapat gaji mahal,tentu tak bising punyerrrrrr

    BalasPadam
  4. itu nanti..kita kira sekarang.
    pada2 la nak caj mahal2..guna watpe smp rm250 tu?rmai drpd ktorg yg xdapat barang2 masa mgu suai kenal tu..bagi free je ke rm 250 tu? agaknya nak dpt lg rm2500 la kot ye...

    BalasPadam
  5. sy slh seorang yg mguruskan minggu orientasi student DPLI UPSI. 1st skali, tahniah sbb masuk UPSI sbb ramai yg mohon tp x dpt...ok, bkenaan air mineral, pihak pntadbiran ada myediakan air mineral utk student DPLI dan ajk ade myerahkan ketika pngambilan makanan tp ade yg 'blagak' x nak ambik air mineral tu. low class kot klu ambik...yg ke2, bkenaan isu makanan sama disediakan, utk pgetahuan, tender makanan adalah dibwh kuatkuasa pusat kesihatan UPSI dan pihak JHEPA. ms pgambilan, isu H1N1 sdang hangat menular & pguatkuasaan kebersihan makanan telah diperketat. menu itu juga disediakan kepada student ISMP - Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Alhamdulillah, tiada sebarang rungutan. yg ke3, isu barang2 suaikenal. mmg setiap stdnt UPSI wajib byr RM250 utk kos Minggu Suaikenal. itu adalah utk barangan, perkhidmatan, makanan & selama ini tiada yg komplen pun. bukan snang nk mguruskan pendaftaran student...sy jg agak kecewa dgn karenah student DPLI ni. pnah kwn saya mmanggil seorang bakal guru ini dgn panggilan cikgu tetapi dibalas kembali dengan blagaknya dgn bkata...'panggil kak boleh x?kami bukan cikgu'.
    agak tersentak juga krn panggilan cikgu sudah sinonim dgn UPSI. mgkin x semua stdent yg bperangai mcm tu tp, kami agak kecewa. dlm beribu itu, blh dikira dgn jari brapa org yg mgucapkan terima kasih kepada kami kerana mguruskan pdaftran mreka. hal2 yg remeh temeh yg mrka bwt, x pyh nk ceritalah...agak myakitkan hati. mgkin UPSI x sehebat U mereka tdahulu, tp hormatilah UPSI sbagai tmpat pgajian anda skarang. mgkin GURU adalah pilihan terakhir sbb dah x dpt keja, tp bsyukurlah bbanding mreka yg x dpt msuk UPSI, yg btul2 nk jd GURU. klu skarang dh bwt perangai, dh jd cikgu nnti, no komenlah...

    BalasPadam
  6. sori la klu agak tkasar bahasa...sbb kita kena hormat org yg hormatkan kita...wasalam

    BalasPadam
  7. elaun untuk pelajar DPLI UPSI belum masuk lagi, duit dalam poket masih ada RM4, itu pun terpaksa pinjam meminjam dengan saudara, ingatlah bahawa yang masuk DPLI ini bukan lah kebanyakan orang-orang berada, nak makan pun kena catu nasib baik bulan puasa boelh lah buka puasa kat maner2 masjid, xpun mintak belas kasihan kawan tumpang sekaki makan, x semua pelajar dpli yang sombong dan belagak, masa pendaftaran pun berbagai kerenah yang ditunjukkan, cuba lah teratur sket dan hormat kepada kakak2 yang masuk dpli kat Upsi, masa pendaftaran adelah mamat india sorang (urusetia) nie berlagak giler panggil hoi2 kat orang n marah2 serta membebel, tau lah budak first degree x dapat biasiswa dari KPM cuma jangan lah marah kami yang dapat biasiswa KPM ini, kami pun dulu pun sama macam u all, belajar hampir 4 tahun buat pinjaman PTPTN, lama menggangur xyah lah citer, ader yang lebih setahun berbanding budak first degree, yang akan masuk ke perkhidmatan pendidikan sebagai GSTT, so x perlu lah kita dengki mendengki, sebab kita nie bakal cikgu, so kalau anak murid kencing berdiri bukan salah orang lain salahkan cikgu yang juga suka kencing berdiri. Maka jika ada sikap sedemikian maka hancur lah bangsa dan negara.

    sekian

    BalasPadam

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90