Top Ad 728x90

,

Jangan pergi ke masjid jika anda demam atau selesema

Pada Ramadan, umat Islam dituntut melakukan ibadah. Berlainan dengan sambutan bulan yang penuh keberkatan ini pada tahun-tahun lalu, umat dunia kini berhadapan dengan situasi pandemik Influenza A H1N1 yang semakin membimbangkan.

Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan pelbagai nasihat kesihatan kepada orang ramai bagi mencegah penularan wabak ini dan dibantu pihak media yang tidak jemu melaporkan kes-kes yang melibatkan jangkitan virus ini setiap hari.

Sesiapa yang mempunyai gejala seperti demam, batuk dan sakit tekak dinasihatkan supaya berehat di rumah dan tidak digalakkan berada di tempat awam bagi mengurangkan risiko jangkitan kepada orang lain.

Tempat-tempat awam seperti bazar Ramadan, masjid dan pasar raya tidak patut dikunjungi oleh sesiapa yang mempunyai gejala H1N1. Tetapi, masih ada lagi individu yang tidak mengendahkannya.

Malah, sewaktu saya bersolat tarawih di sebuah masjid baru-baru ini, terdapat ramai jemaah yang mengalami batuk tetapi tetap hadir walaupun dinasihatkan pulang ke rumah. Solat tarawih hanya merupakan solat sunat dan tidak wajib dilaksanakan secara berjemaah, tambah-tambah lagi dalam situasi pandemik seperti sekarang.

Jika anda mengalami demam, batuk atau sakit tekak, tolonglah jangan hadir ke masjid bagi mengurangkan risiko jangkitan. Solat tarawih masih boleh dilaksanakan di rumah dan anda boleh hadir ke masjid untuk berjemaah selepas bebas sepenuhnya daripada tanda-tanda jangkitan.

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90