Kita boikot Indonesia

Pertikaian antara Malaysia dan Indonesia nampaknya semakin "meruncing". Jika dilihat dari segi logiknya, hanya kita orang Malaysia yang sentiasa mendengar dan memberikan laluan kepada negara jiran itu.

Mereka memberontak, membakar bendera kita, dan sekarang cuba mencari rakyat Malaysia, bagi tujuan apa, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Jika kita rakyat Malaysia berfikir secara waras, cuba kita fikirkan semula apakah yang terjadi pada tahun 1998 sewaktu mereka menggulingkan Suharto?

Sebagai rakyat Malaysia yang terkandas di Jakarta pada tahun 1998, dan seterusnya jika tanpa bantuan kedutaan kita, mungkin saya sudah lama tidak menghirup angin keamanan negara kita Malaysia. Oleh yang demikian, saya ingin menyarankan, sekiranya rakyat Indonesia itu sendiri yang bermati-matian mahu "membunuh" jiran mereka ini, saya cadangkan agar Malaysia mencari jalan supaya negara dan rakyat kita tidak dipijak seperti mana yang mereka fikirkan kita boleh dibuat begitu.

Cadangan saya:

1. Boikot barangan import dari Indonesia untuk sementara waktu.

2. Boikot kedatangan pekerja asing dari negara itu sendiri untuk waktu yang tertentu, ataupun sampai rakyat mereka sedar, yang mereka sangat memerlukan Malaysia bagi menjana ekonomi mereka sendiri.

3. Jangan diperpanjangakan visa pekerjaan mereka selepas dua atau tiga tahun, ataupun visa mereka yang sudah tamat tempohnya dalam waktu ini.

4. Menteri Dalam Negeri/Luar Negeri harus memberikan taklimat yang betul dan menjelaskan perasaan rakyat kita sendiri terhadap sikap yang ditunjukkan oleh warga Indonesia.

Jika kita mula melakukannya, saya pasti bahawa bukan sahaja negara Indonesia itu sendiri yang merasa peritnya, namun lebih perit lagi kepada rakyat mereka sendiri yang terutamanya sangat berharap kepada kekukuhan ekonomi Malaysia sebagai sumber pendapatan mereka dan keluarga di Indonesia.

Kenapa kita mesti merasa takut dan masih berharap agar mereka sedar? Mereka ini tidak akan sedar, kerana dari pengalaman saya yang tinggal di negara itu selama enam tahun, perangai rakyat mereka yang datang dari kelas bawahan ataupun sangat miskin, sangatlah menggerunkan.

Dan perlu diingat bahawa lebih dari 85 peratus rakyat Indonesia adalah dalam lingkungan dua kelas ini. Jika warga di pulau Bali sangat membenci "orang Indonesia" mereka sendiri (ingat pada Bali 2002 dan 2005?), nah kita rakyat Malaysia, fikirkanlah sendiri akibatnya.

Jika kita sangat bangga jika dapat memboikot gergasi besar Amerika, mengapa tidak kepada Indonesia?

JULIANA ARIFF

- FORUM UTUSAN
Next Post Previous Post
1 Comments
  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Selasa, 15 September 2009 pada 10:45:00 PTG SGT

    aku setuju sangat,kalau yang terasa nak pergi melancung ke sana elok batalkan saja.Banyak benda lagi yang boleh dibuat bagi menyedarkan sesetengah puak yang extremIS dengan negara Malaysia ini.Aku ingat mereka ini bukan dikalangan orang yang beragama islam.Sebab tu mereka ini memusuhi negara malaysia.Rata-rata yang aku tengok dikalangan budak-budak hingusan dan yang pendek akal saja dok mengapi-apaikan sentimen ini + dengan media massa depa.Lagi satu ban terus segela bentuk hiburan termasuk drama,muzik dan apa saja...Semua ini sebagai pengajaran..ADAKAH KITA NI MEMUSUHI MEREKA ?

    Minta maaf sahabat yang seagama dengan aku di seberang sana.Sepatutnya kamu harus memperbetulkan kecelaruan yang ada dalam masyarakat kamu dan JANGAN BIARKAN KAMI MULA MEMBENCI KAMU SEMUA.

    Nasihat berguna untuk orang di negara sahabat yang membenci negara sahabatnya sendiri...DARI KAMU MEMBENCI KAMI SEHINGGA GELAP AKAL FIKIRAN KAMU SEMUA LEBIH BAIK KAMU FIKIRKAN BAGAIMANA NAK SELAMATKAN DIRI KAMU DARI BENCANA YA…

Add Comment
comment url