Man. City ganyang Gunners untuk menjadi big four

Manchester City melepasi ujian pertama untuk ditauliah sebagai pasukan ‘big four’ dalam Liga Perdana England apabila mereka mengalahkan Arsenal 4-2 untuk kemenangan keempat manakala Chelsea mengekalkan rekod sempurna apabila menang 2-1 di Stoke City.

City menjaringkan tiga gol dalam tempoh 10 minit di babak kedua menerusi Craig Bellamy, Emmanuel Adebayor dan Shaun Wright-Phillips selepas Robin van Persie menafikan jaringan awal gol sendiri Manuel Almunia.

Pemain tengah Tomas Rosicky, yang membuat penampilan sulung untuk Arsenal sejak January 2008, menjaringkan gol sagu hati kedua Arsenal pada minit ke-88.

Ketika City menang kesemua empat perlawanan setakat ini, Gunners pula dikritik kerana mencatat kekalahan kedua berturut-turut di Manchester, setelah tunduk kepada United sebelum perlawanan liga direhatkan seketika untuk perlawanan antarabangsa skuad kebangsaan England.

Ia merupakan ujian penting kepada skuad bimbingan Mark Hughes yang berbelanja besar untuk menduduki kelompok empat teratas liga dan lulus dengan cemerlang.

Pada awalnya Chelsea dilihat bakal keciciran mata selepas Abdoulaye Faye memberikan Stoke gol pendahulu pada minit ke-32, namun ia disamakan oleh Didier Drogba pada masa kecederaan babak pertama.

Chelsea menguasai babak kedua namun terpaksa menunggu sehingga minit akhir untuk gol kemenangan oleh Florent Malouda.

Yossi Benayoun menjaringkan hatrik ketika Liverpool menamatkan tempoh sukar apabila membelasah Burnley 4-0 di Anfield.

Dalam perlawanan lain Blackburn mencatat kemenangan pertama musim ini dan menjauhkan diri dari zon penyingkiran selepas mencatat kemenangan menarik 3-1 ke atas pendatang baru Wolves.

– Agensi
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url