Nenek cekal bela 10 cucu di sebalik kemiskinan
Berbekalkan sisa-sisa tenaga yang ada dan tanpa sumber pendapatan tetap, seorang nenek berusia 71 tahun terus membesarkan 10 cucunya.
Lebih menyedihkan, sudah 14 tahun dia menggalas tanggungjawab tersebut. Bagi cucu-cucunya yang berusia antara tujuh dan 16 tahun, nenek mereka adalah ayah dan ibu.
Dalam kesempitan hidup di bawah bumbung rumah usang satu bilik, warga emas bernama Kamsiah Abd. Rahman cekal memelihara kesemua cucunya yang masih bersekolah.
Rumah usangnya itu terletak di Lenggeng, Negeri Sembilan.
Kamsiah dikurniakan tujuh cahaya mata, malangnya anak-anak dan menantunya hilang tanpa khabar berita meninggalkan zuriat mereka bersama warga emas itu.
Bagaimanapun dia tidak pernah menyalahkan anak-anaknya jauh sekali menganggap cucu-cucunya sebagai beban lantaran sedar mereka juga dibelenggu kesempitan hidup.
Kamsiah kini cuma menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan bagi menyara cucu-cucunya.
- UTUSAN
Boleh letak sedikit maklumat terperinci spt alamt, contact, akaun bank etc agar yg ingin membantu dpt berbuat demikian..mungkin ada yg ingin menziarah & menghulur bantuan terus spt makanan, pakaian etc..T/kasih...