Top Ad 728x90

RM7 bilion untuk perluaskan LRT


Kira-kira 700,000 penduduk di sekitar Subang, Puchong dan Bandar Kinrara dekat sini mungkin tidak perlu berdepan dengan masalah kesesakan jalan raya selepas ini apabila jaringan terbaru perkhidmatan transit aliran ringan (LRT) akan diperluaskan ke kawasan mereka.

Melalui jajaran baru itu, kedua-dua perkhidmatan LRT iaitu Laluan Ampang dan Laluan Kelana Jaya akan diperluaskan ke laluan baru sejauh 17 kilometer hingga ke Putra Heights, Subang.

Projek yang dijangka menelan belanja sehingga RM7 bilion dan siap menjelang tahun 2012 itu melibatkan sambungan dari stesen Sri Petaling bagi Laluan Ampang manakala dari Kelana Jaya bagi Laluan Kelana Jaya ke stesen terakhirnya di Putra Heights dengan tambahan 13 stesen baru.

Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Bhd. (Prasarana), Datuk Idrose Mohamed berkata, antara kawasan baru yang dijangka dilalui oleh LRT tersebut ialah di Bandar Kinrara, Pusat Bandar Puchong, Taman Perindustrian Puchong, Taman Puchong Perdana, Taman Puchong Prima, USJ 8, USJ 21, SS 7, Taman Perindustrian Subang Jaya, Persiaran Murni, Taman Alam Megah dan Kompleks Kelana Centre Point.

"Bagi Laluan Ampang, ia akan bermula dari stesen Sri Petaling melalui Kinrara, Puchong dan berakhir di Putra Heights manakala bagi cadangan laluan Kelana Jaya pula, ia akan bermula dari stesen Kelana Jaya melalui Subang Jaya dan berakhir di Putra Heights," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

Buat masa ini, perkhidmatan bagi Laluan Ampang memiliki 25 stesen manakala Laluan Kelana Jaya pula melibatkan 23 stesen.

- KOSMO!

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90