LATIHAN PRA-PEKERJAAN DI WILAYAH EKONOMI KORIDOR UTARA (NCER)
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (“NCIA”) yang ditubuhkan pada 2008 ialah badan rasmi yang bertanggungjawab untuk menetapkan arah tuju dan melaksanakan semua polisi dan strategi pembangunan sosio-ekonomi di Koridor Utara dengan memberi penekanan kepada sektor pertanian, pembuatan, dan pelancongan.
Program “Pre-Employment Training” (“PET”) atau Latihan Pra-Pekerjaan adalah salah satu program pembangunan modal insan NCIA untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran graduan dan lulusan sekolah di dalam beberapa displin. Objektif utama Program PET NCIA ialah untuk membekalkan para pelatih dengan kemahiran terkini bagi memudahkan peluang pekerjaan.
Program PET NCIA ini diwujudkan khas bagi penduduk Koridor Utara. Program latihan ini ditaja sepenuhnya termasuk pemberian elaun bulanan selama tempoh latihan.
SENARAI PROGRAM
A) Kecantikan dan Kesihatan
i. Dandanan Rambut
ii. Rawatan Muka
iii. Rawatan Spa dan Pengurusan Spa
Kelayakan Minimum:
• Lulusan SPM dengan minat mendalam untuk
membina kerjaya di dalam industri hospitaliti
B) Pemandu Pelancong
Kelayakan Minimum:
• Lulusan SPM dengan minat mendalam untuk
membina kerjaya di dalam industri pelancongan
• Fasih Berbahasa Malaysia dan Arab
C) Pembuatan Lanjutan
(Advanced Manufacturing)
Kelayakan Minimum:
• Graduan dengan Diploma atau Ijazah Kejuruteraan,
seperti Elektrikal, Elektronik, Pembuatan, Mekanikal,
atau Mekatronik
• Fasih Berbahasa Malaysia dan Inggeris
Warganegara Malaysia yang berminat dan berumur di antara
18 hingga 35 tahun dijemput untuk memohon program ini
selewat-lewatnya pada 29 Oktober 2009.
DOWNLOAD IKLAN
http://www.humancap.com.my/ncia_pet/ads/Koridor%20PET%20utusan.pdf
Permohonan boleh dibuat di laman web:
http://www.humancap.com.my/ncia_pet
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
NCIA Pre-Employment Training (PET) Programme
d/a Human Capital Development Sdn Bhd
Suite 7.13, Blok A, Kelana Square, 17 Jalan SS7/26,
Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-7803 1151 / 012-312 9652 Faks: 03-7803 1150
Email: ncia_pet@humancap.com.my
Hello, you rsite really interesting,
any way, could you share to allow me to put your in my blog list?
Here is my blog http://www.khmerlovekhmer.org/
http://phalla19.blogspot.com/
and you please put my blog to your blog list too if you dont mind me , I do hope you will be kind to be my friend, and I will do the same
and Please let me know if you link me.
Thanks you so much for sharing
Regards,