Top Ad 728x90

Ribuan spesies aneh huni dasar laut


Hidupan marin yang tinggal di lautan dalam didapati mempunyai bentuk yang ganjil seperti timun laut yang mempunyai sesungut lut sinar.

Satu laporan yang disiarkan kelmarin merekodkan sebanyak 17,650 spesies didapati hidup di lautan dalam.

"Sebahagian daripada laut dalam yang kita anggap sejenis sebenarnya lebih rumit," kata seorang pakar oseanografi di Universiti Louisiana, Robert S. Carney di Amerika Syarikat (AS).

Penyelidik-penyelidik merekodkan 5,600 spesies baru daripada 230,000 yang sudah dikenal pasti dalam bancian hidupan laut itu.

Antara yang disenaraikan itu ialah beberapa makhluk aneh seperti sotong bertelinga gajah dan cacing yang menyedut minyak.

Katalog hidupan marin itu dijangka siap pada Oktober 2010.

Ia menunjukkan sebanyak 5,722 spesies tinggal di dasar laut sedalam 1,000 meter yang tiada sinaran matahari.

- AP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90