Top Ad 728x90

Pendaki paling tua Everest diiktiraf


Seorang lelaki warga Nepal yang berumur 76 tahun semalam diiktiraf Guinness World Records sebagai pendaki paling tua pernah menawan puncak Gunung Everest yang tertinggi di dunia.

Perdana Menteri Nepal, Madhav Kumar Nepal merupakan antara orang kenamaan yang hadir pada majlis yang diadakan di Katmandu bagi menghargai warga emas itu, Min Bahadur Sherchan, 78, selepas beliau menerima sehelai sijil rasmi daripada Guinness.

Sherchan mendaki setinggi 8,850 meter sehingga ke puncak Gunung Everest pada bulan Mei 2008 ketika beliau masih berusia 76 tahun, 340 hari.

Namun buku Guinness World Records masih menyenaraikan pendaki Jepun, Katsusuke Yanagisawa yang berjaya mendaki sehingga ke puncak Gunung Everest semasa beliau berumur 71 tahun sebagai pendaki paling tua di dunia mendaki gunung berkenaan.

"Matlamat saya untuk mendaki Gunung Everest ialah demi keamanan dunia," kata Sherchan.

Beliau yang merupakan seorang bekas askar kurang dikenali dalam komuniti pendaki.

- AP

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90