Universal Studios di seluruh dunia


Universal Studios, salah satu divisi filem di bawah NBC Universal telah mewujudkan beberapa buah taman tema berdasarkan filem-filem yang pernah mereka terbitkan.

Studio terawalnya iaitu Universal Studio Hollywood telah beroperasi umpama satu perjalanan filem yang dilengkapi dengan kesan bunyi dan latar belakang sebenar di mana sebuah filem dihasilkan. Berikut maklumat mengenai taman-raman tema Universal Studios yang terdapat di seluruh dunia.

Universal Studios Hollywood, Los Angeles

Universal Studios Hollywood adalah sebuah studio filem yang terletak di dalam kawasan Universal City di daerah Los Angeles County, California, Amerika Syarikat. Ia juga merupakan studio asal taman tema Universal Studio. Karakter kartun Woody Woodpecker merupakan maskot yang dipilih untuk studio ini dan juga semua taman tema Universal Studios di seluruh dunia. Universal Studios Hollywood adalah antara studio tertua dan paling terkenal di Hollywood, sehingga kini ia masih beroperasi dan menghasilkan filem yang berkualiti tinggi.

Universal Studios Florida

Universal Studios Florida merupakan taman tema Amerika yang terletak di Orlando, Florida. Ia telah dibuka pada 7 Jun 1990. Taman ini bertemakan industri hiburan yang mengkhususkan kepada filem dan televisyen. Konsep studio ini sedikit berbeza apabila pengunjungnya diberi merasai pengalaman seperti 'berada di dalam sebuah filem.' Selain pengalaman mengujakan itu, Universal Studios Florida juga menawarkan pelbagai tarikan serta persembahan secara langsung. Taman tema ini juga adalah merupakan komponen Universal Orlando Resort.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

Pada tahun 2008, taman tema ini pernah menerima lebih kurang 6.23 juta pengunjung menjadikan ia taman tema di tempat ketujuh tertinggi yang menerima jumlah pelawat di seluruh dunia.

Universal Studios Jepun

Universal Studios Jepun yang terletak di Osaka, Jepun merupakan satu daripada tiga buah taman tema Universal Studios yang dimiliki dan ditadbir oleh USJ Co., Ltd.

Taman tema ini mempunyai persamaan dengan taman tema yang terletak di Universal Orlando Resort iaitu pengalaman berada di dalam filem sebenar.

Majoriti pengunjung adalah pelancong dari negara Jepun atau negara Asia lain seperti China, Taiwan dan Korea Selatan.

Taman ini dibuka pada 31 Mac 2001 dan telah menerima kunjungan dari lebih 11 juta pelawat pada tahun pertama pembukaannya. Pencapaian tersebut menjadikan Universal Studios Jepun taman tema yang paling popular antara taman-taman tema seumpamanya.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url