11,000 orang tunggu organ baru

Kesedaran masyarakat untuk menderma organ di negara ini masih kurang berbanding dengan jumlah pesakit yang menanti organ baru yang melebihi 11,000 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, daripada jumlah itu, kira-kira 11,000 pesakit memerlukan buah pinggang, hati (29), jantung (8), paru-paru (12) dan dua orang pesakit memerlukan kedua-dua organ iaitu jantung dan paru-paru.

"Kita memerlukan ramai lagi untuk tampil menderma organ supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan," katanya selepas merasmikan Forum Ekonomi Global Bio-Herbs kali ketiga di Hotel Palace of Golden Horses di sini semalam.

Menurut beliau, setakat ini seramai 13,546 orang telah mendaftar sebagai pengikrar derma organ dan tisu. Jumlah tersebut menjadikan mereka yang mendaftar untuk menderma organ masing-masing sejak tahun 1997 meningkat kepada 135,847 orang.

Pada tahun lalu, Tiong Lai memberitahu, jumlah kumulatif pemindahan organ yang dilakukan di negara ini melibatkan 1,264 buah pinggang, hati (86), jantung (19), paru-paru (3) dan satu jantung.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url