HSB lahirkan bayi tabung uji pertama


ALOR SETAR - Penantian sepasang suami isteri selama lapan tahun untuk menimang cahaya mata berakhir apabila mereka memperoleh anak yang lahir melalui kaedah suntikan sperma (ICSI) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini 6 Disember lalu.

Bayi lelaki pasangan Zunnurain Ramlan, 35, dan suaminya, Md. Sukri Ramli, 35, itu diberi nama Mohd. Afif Shahmi dan dilahirkan dengan berat 3.4 kilogram.

Mohd. Afif merupakan bayi tabung uji (IVF) pertama melalui kaedah ICSI hasil pencapaian Unit Perubatan Reproduktif HSB.

Menurut Md. Sukri, dia dan isteri sangat gembira dengan kelahiran bayi sulung mereka itu setelah puas berikhtiar termasuk melalui kaedah perubatan tradisional untuk mendapatkan anak sebelum ini.

"Sebelum ini, kami telah melakukan tiga kali permanian berhadas (IUI) di hospital swasta tetapi tidak berjaya," jelasnya kepada pemberita di HSB semalam.

Bagi Zunnurain pula, dia seolah-olah tidak percaya disahkan mengandung setelah menerima rawatan hampir setahun di HSB.

"Rasa macam mimpi dan terlalu seronok apabila doktor beritahu saya mengandung, lapan tahun kami telah cuba pelbagai ikhtiar untuk mendapatkan anak sendiri," jelasnya yang berasal dari Bertam, Pulau Pinang.

- KOSMO!

Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url