Kalendar 2010 kutip dana VoC


Voice of the Children (VoC), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang mempertahankan hak asasi kanak-kanak di Malaysia melancarkan kalendar 2010 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kalendar itu memaparkan gambar hitam putih kanak-kanak Malaysia yang diambil oleh Myles Teo, seorang penggemar fotografi berusia 17 tahun. Keuntungan daripada koleksi gambar-gambar itu akan disalurkan kepada VoC untuk mengutip dana bagi aktiviti mereka.

"Terdapat beribu-ribu kanak-kanak di Malaysia yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan. Kanak-kanak ini tidak berpeluang mendapat kemudahan kesihatan dan pendidikan dan malangnya, mereka sering menjadi mangsa kekerasan serta jual-beli," kata pengerusi VoC, Sharmila Sekaran, pengerusi VoC.

VoC ditubuhkan pada tahun 2008. Misinya adalah untuk menjadi suara dan mempertahankan undang-undang serta perubahan polisi bagi membela nasib setiap kanak-kanak di Malaysia.

"Fungsi kami di VoC adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu berkaitan kanak-kanak. Kami percaya rintihan mereka patut diketahui umum. VoC berharap dapat menyediakan landasan di mana anak muda seperti jurugambar kami dapat menyuarakan masalah mereka dan kanak-kanak lain yang tertindas menerusi gambar-gambar yang dirakamkan. Kami mahukan sebuah persekitaran positif yang mana semua kanak-kanak dapat membesar dengan sempurna sekali gus menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab, produktif dan bertimbang rasa," kata Sharmila.

Kalendar itu menunjukkan 12 potret kanak-kanak Malaysia dalam suasana yang suci dan lemah. "Saya memang gemar gambar hitam putih terutamanya gambar kanak-kanak. Air muka mereka yang ayu, lemah dan semangat mereka yang kental cukup menakjubkan. Perasaan yang menusuk jiwa ini menjadi inspirasi kepada penggambaran dan sokongan saya untuk perjuangan VoC," kata Myles Teo.

Kalendar 2010 Voice of the Children dijual pada harga RM35. Untuk membeli kalendar itu, sila hubungi Rubini Maruthian di talian 012-2207457 atau e-mel di alamat vocmalaysia@gmail.com. Kalendar itu juga boleh didapati di Cuffz dan Living Well Clinic.

- KOSMO!
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url