Kasihan! Penumpang gemuk dalam pesawat


NEW YORK - Anda akan berasa belas kasihan jika duduk dengan seorang lelaki (dalam gambar) yang gemuk seperti dalam sebuah kapal terbang, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar itu dirakamkan oleh seorang pramugari dan disiarkan di dalam sebuah laman blog di Amerika Syarikat (AS).

Setakat ini tidak pasti sama ada lelaki gemuk yang duduk di sebuah kerusi mengetahui gambarnya itu dirakamkan di dalam sebuah pesawat syarikat penerbangan AS.

Seorang penulis, Kieran Daly yang menyiarkan gambar itu berkata: "Seorang pramugari merakamkan gambar itu bagi menunjukkan kepada pengurus situasi yang berlaku di dalam pesawat dan dia (pramugari tersebut) tidak berasa gembira mengenainya."

Sepatutnya penumpang gemuk itu duduk dengan menggunakan dua kerusi.

Pihak syarikat penerbangan itu menyatakan kejadian tersebut akan disiasat.

- Agensi
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url