Kereta Mr. Bean terbakar


Malam romantik pelakon komedi Rowan Atkinson atau lebih popular dikenali sebagai Mr. Bean bersama isterinya, Sunetra terganggu apabila enjin kereta mewah aktor itu tiba-tiba terbakar.

Ia berlaku ketika Atkinson, 54, dalam perjalanan pulang daripada majlis makan malam di Mayfair di sini kelmarin sebelum kereta lumba mewah Jaguar 1952 beliau mengeluarkan asap.

Atkinson dipercayai cuba memadam kebakaran itu dengan alat pemadam api di dalam kereta sebelum terpaksa menghubungi pihak bomba apabila gagal mengawal keadaan.

Beliau dan isteri yang tidak mengalami sebarang kecederaan, kemudian dihantar pulang dengan menaiki sebuah trak tunda manakala kereta antik itu dihantar ke bengkel untuk dibaik pulih.

- Agensi
Next Post Previous Post
1 Comments
  • KizZ
    KizZ Isnin, 14 Disember 2009 pada 1:32:00 PG SGT

    Salam Kenal..

    Jemputlah Ke blog kami
    www.kizgarden.blogspot.com

    Jika Berminat Follow Kita OK..
    TERIMA KASIh

Add Comment
comment url