Proses selaras caj PTPTN selesai Disember 2010
Ketua Eksekutifnya, Yunos Abd Ghani, berkata ia berikutan masih ada hampir 1.24 juta peminjam lama yang belum menerima surat tawaran perjanjian Ujrah yang membolehkan menguruskan pertukaran perjanjian pinjaman berkonsepkan konvensional tiga peratus kepada konsep syariah.
Katanya, sehingga kini sebanyak 24,053 surat tawaran perjanjian Ujrah sudah dikeluarkan secara berperingkat kepada peminjam lama bermula Ogos lalu tidak termasuk 192,059 pelajar baru yang sejak awal menerima perjanjian berkonsepkan syariah itu.
“Ia masih memerlukan masa berikutan pertukaran perjanjian ini membabitkan semua pemegang akaun kami yang kini berjumlah 1.45 juta, namun peminjam yang layak tidak perlu bimbang kerana caj satu peratus akan tetap dikira bermula Jun tahun lalu.
“Oleh itu peminjam perlu menghubungi kami bagi mengemaskinikan alamat dan nombor telefon bagi memudahkan kami menghantar surat tawaran ini,” katanya selepas memeterai perjanjian pembiayaan Al-Bai’lnah bernilai RM1.5 bilion dengan AmIslamic Bank di sini, semalam.
- BERITA HARIAN