RHB Bank perkenal dua kad debit baru kerjasama Visa

RHB Bank Bhd memperkenalkan dua kad debit baru menerusi kerjasamanya dengan Visa, iaitu RHB Cash-Connect dan kad debit Visa My Cash-i.

Pengarah Urusannya, Datuk Tajuddin Atan, berkata pengenalan kad debit baru itu sejajar inisiatif berterusan kumpulan perbankan itu untuk menggalakkan orang ramai supaya tidak membawa tunai yang banyak setiap kali keluar rumah atau berbelanja.

Pengenalan kad debit baru itu juga, katanya, susulan kejayaan pengenalan dua kad debit terdahulu iaitu RHB Cash-Connect dan Islamic My Cash-i Debit yang dilancarkan dengan kerjasama MasterCard.

“Rakyat negara ini semakin sedar kelebihan penggunaan kad debit, justeru, pelancaran dua kad debit baru ini memberikan mereka lebih pilihan.

“Menerusi pengenalan dua kad debit dengan MasterCard Ogos tahun lalu, kami menarik 250,000 pelanggan baru dan saya berpendapat bilangan langganan untuk tempoh kira-kira setahun itu adalah menggalakkan dan ia diharapkan berterusan dengan dua kad debit baru ini,” katanya selepas pelancaran RHB Cash-Connect dan kad debit Visa My Cash-i, di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama, Pengurus Negara Visa Malaysia, Stuart Tomlinson.

RHB Cash-Connect dan kad debit Visa My Cash-i, masing-masing menawarkan kemudahan debit konvensional dan Syariah, untuk memudahkan pemegangnya berbelanja dan membuat pembayaran dengan hanya membawa sekeping kad.

Tajuddin berkata, kelebihan kad debit itu adalah tawaran pengembalian tunai sebanyak dua peratus apabila ia digunakan untuk membeli-belah atau mengisi petrol serta sebarang arahan tetap bagi bayaran bil utiliti.

Kedua-dua kad debit itu, katanya boleh digunakan di mana-mana mesin bayaran yang memaparkan logo Visa di seluruh dunia serta untuk membuat pembelian secara dalam talian.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
1 Comments
  • admin
    admin Ahad, 24 Oktober 2010 pada 11:19:00 PG SGT

    salam,nak tanya
    -kad debit RHB bank boleh digunakan utk veriefied paypal tak??

    -klu nak buat kad debit RHB,perlu ada akaun simpanan RHB bank ke??

Add Comment
comment url