AJL 24 unsur illuminati?


Oleh SY MUSSADDAD MAHDI

Kehangatan Anugerah Juara Lagu yang ke-24 sudah dua minggu berlalu, tiba-tiba khalayak dikejutkan dengan pendedahan yang dibuat dalam blog milik seorang pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Jordan mengenai unsur-unsur negatif yang dapat dilihat dengan jelas sepanjang acara itu berlangsung.

Bagi yang sudah membaca blog tersebut, ada yang terkejut dengan pendedahan itu. Dan bagi yang tidak berkesempatan menyaksikan sendiri, Pancaindera cuba merungkai apa yang yang cuba didedahkan penulis blog tersebut dengan lebih terperinci.

Dalam blog yang ditulis oleh penulis yang hanya dikenali sebagai Sufian itu, ada enam perkara yang menimbulkan keraguan terutama melibatkan set pentas AJL 24 yang dikatakan mirip kepada gerakan Freemason dan Illuminati.

Apakah yang dimaksudkan dengan Freemason dan Iluminati?

Tujuan tertubuhnya Freemason dan Illuminati dan macam-macam lagi pertubuhan rahsia adalah ke arah pembetukan New World Order dan mereka bergerak untuk mengawal dunia secara keseluruhan. Bukan senang ingin mengawal satu dunia disebabkan perangai dan sifat manusia yang bermacam, jadi mereka perlu meletakkan asas-asas yang kukuh supaya perancangan ini menjadi kenyataan.

Persoalannya, mungkinkah semua ini satu kebetulan atau AJL memang sengaja dirancang ke arah menyokong gerakan berkenaan? Seperti mana dipaparkan penulis blog berkenaan, terlalu banyak persamaan yang dipaparkan oleh krew penerbitan AJL yang menyerupai ajaran berkenaan.

Antara yang paling menarik perhatian sudah tentu melibatkan set pentas ketika persembahan Datuk Siti Nurhaliza yang mirip kepada lambang yang terdapat pada logo Freemason.

Selain itu turut dipersoalkan kenapa pakaian penari-penari memakai kostum seperti di zaman Firaun sedangkan sudah diketahui ia bukan budaya yang harus ditonjolkan.

Anda mungkin sudah tahu mengenai The Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor. Ia digunakan dalam upacara tertentu oleh gerakan Freemason yang ternyata bertentangan dengan agama Islam.

Ironinya, ramai pemain gitar pada malam AJL 24 menggunakan tali pemegang gitar yang mirip kepada The Master Carpet dan imej yang jelas kelihatan semasa persembahan kumpulan Hujan. Adakah ini satu kebetulan?

Mohammad Sufian Talib juga mendakwa wujudnya keraguan lain seperti pakaian yang dipakai oleh Alyah yang mirip kepada Lady In Red, lambang kumpulan Search yang menyerupai lambang Illuminati dan imej piramid tergambar pada pentas.

- MINGGUAN MALAYSIA
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url