Hari Kerjaya UKM 23 - 25 Februari 2010

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai peluang kerjaya dengan menyertai Hari Kerjaya di Dewan canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), selama tiga hari mulai 23 sehingga 25 Februari 2010.

Jawatankuasa Hari Kerjaya ke-26 UKM dalam kenyataannya berkata, program itu merangkumi pelbagai aspek perlu diketahui graduan mengenai kerjaya berdasarkan program kajian dilaksanakan.

Katanya, Hari Kerjaya itu juga memberi peluang agensi kerajaan dan swasta menyebarkan maklumat semasa mengenai kerjaya ditawarkan, di samping mengetengahkan syarikat mereka kepada umum.

Program itu antara lain bertujuan memberi pendedahan awal kepada mahasiswa IPT awam dan swasta mengenai pasaran kerja serta ciri pekerja diperlukan majikan.

“Aktiviti ini dapat memberi maklumat awal kepada graduan mengenai kaedah terbaik merebut peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran yang menjejaskan imej mereka.

“Dua program utama diadakan iaitu pameran kerjaya dan temu duga kerja. Pameran bertujuan membolehkan syarikat terbabit mempamer, mempromosi dan menerangkan lebih lanjut mengenai latar belakang, pengurusan serta peluang pekerjaan.

“Slot temu duga pula memberi peluang syarikat terbabit mendapat pekerja baru di kalangan graduan IPT awam dan swasta,” kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai program itu, hubungi Abdul Kamsah Samaran (019-5334322/03-8921 5956) atau faksimili: 03-8925 3352, e-mel urusetiakerjaya@yahoo.com atau terus ke Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Paras 3, Bangunan Pusanika, UKM Bangi.
Next Post Previous Post
3 Comments
  • .
    . Rabu, 20 Januari 2010 pada 6:14:00 PTG SGT

    salam..

    first of all, thnx sb tlg promote event kami kt blog saudara...
    tapi ada kesilapan tarikh di mana event sebenar kami akan berlangsung 23 hingga 25 FEBRUARI 2010..
    bkn hingga 26hb spt yg dinyatakan di atas..

    sekian.

    SHAIDAA ROSLAN
    URUSETIA HARI KERJAYA UKM 2010

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 21 Februari 2010 pada 9:42:00 PG SGT

    SEMOGA PROGRAM YANG DIRANCANG INI BERJALAN LANCAR HENDAKNYA..

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Ahad, 21 Februari 2010 pada 9:44:00 PG SGT

    salam,
    semoga event berlansung dengan jayanya..
    sekian

Add Comment
comment url