Tahyul mewarnai Tahun Baru Cina


Penduduk China menyambut Tahun Baru Cina hari ini dengan masih ramai mempercayai tahyul walaupun ramai menjangkakan Tahun Harimau kali ini bakal membawa kemakmuran ekonomi, lapor akhbar China Daily semalam.

Beberapa tukang tilik meramalkan, pasangan yang mahu berkahwin terpaksa menunggu sehingga tahun 2011 kerana didakwa tidak sesuai dilakukan tahun ini selain mempercayai bayi yang lahir pada 2010 dianggap sebagai amat agresif.

"Jika berkahwin tahun ini, suami anda akan mati awal. Keluarga dan saya sendiri tidak percaya tahyul, tetapi saya berpendapat, Tahun Harimau bukan waktu yang baik untuk berkahwin," kata pelajar kolej berusia 25 tahun, Joyce Lin.

Kebanyakan remaja di China juga memilih untuk akur dengan kepercayaan tradisional termasuk tidak memotong rambut selama sebulan selepas hari pertama Tahun Baru Cina kerana jika dilanggar, umur mereka mungkin tidak berpanjangan.

Dalam pada itu, pakar feng shui dari Hong Kong, Raymond Lo berkata, Tahun Harimau dijangka memberi pemulihan ekonomi kerana haiwan itu penuh dengan tenaga dan dianggap tempat lahir api yang menjana keyakinan dan kekuatan.

- Reuters
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url