Top Ad 728x90

TPM hub aktiviti teknologi dan keusahawanan


Technology Park Malaysia (TPM) yang ditubuhkan pada 1996 merupakan agensi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang berperanan sebagai entiti penggalakkan dan penjanaan aktiviti saintifik dan komersialisasi di kalangan industri.

TPM telah berkembang dan kini terdapat 151 syarikat beroperasi di sini. Selama tempoh tersebut telah terdapat sebanyak 28 syarikat yang berjaya ke peringkat penyenaraian awam di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Secara keseluruhannya, sejumlah 200 syarikat dalam dan luar negara termasuk inkubator yang berurusan dengan TPM yang terlibat dalam bidang bioteknologi, kejuruteraan, serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Ketika ini, nilai perolehan dari keseluruhan syarikat yang beroperasi di TPM ialah RM6.2 billion yang menyumbang 1.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dari keseluruhan syarikat-syarikat tersebut ia juga telah menjana peluang pekerjaan kepada hampir 10 ribu pekerja berpegetahuan (knowledge workers).

TPM diberi mandat untuk menyumbang kepada pembangunan aktiviti ekonomi berasaskan teknologi dan inovasi, perlu menyesuaikan diri supaya lebih dinamik dan responsif kepada perubahan-perubahan dalam perkembangan teknologi terkini.

Menyemarakkan pertumbuhan inovasi

TPM kini boleh berbangga kerana menyediakan kemudahan serta persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan teknologi yang menyeluruh yang unik dan seimbang dengan sokongan perkhidmatan R&D.

Selain itu, sewaan premis inkubator sesuai untuk kemudahan saintifik, penyelidik dan usahawan tekno dan memajak kawasan untuk membangunkan perniagaan masing-masing.

Oleh sebab itu program inkubator teknologi dan perniagaan yang diadakan sangat kondusif dengan menawarkan bimbingan perniagaan, perkhidmatan latihan, perniagaan, perkhidmatan perundingan, kewangan dan pemasaran, forum teknologi dan perniagaan, bengkel padanan perniagaan untuk penyelidik, saintis, usahawan tekno dan enterpris kecil dan sederhana (EKS).

Bagi program sokongan dan bantuan teknologi pengkomersialan, ia memberi peluang kepada peserta memperoleh bantuan dan sokongan yang mencakupi khidmat nasihat, perkhidmatan perundingan untuk membantu aktiviti pemindahan teknologi, pengurusan projek, nasihat pengurusan strategik serta program pembangunan profesional, peluang analisis, dan penyelidikan pasaran.

Perkhidmatan empat subsidiari TPM

1. TPM Biotech Sdn. Bhd.

Pembangunan produk, penyelidikan kontrak, makmal pembangunan, perkhidmatan makmal, kontrak pembuatan dan pengkomersialan produk nutraseutikal dan biofarmaseutikal.

2. TPM Engineering Sdn. Bhd.

Penyelesaian dan reka bentuk kejuruteraan, pemesinan CNC, penghasilan prototaip pantas dan perkhidmatan kontrak pembuatan untuk industri kecil dan sederhana.

3. TPM IT Sdn. Bhd.

Menyediakan perkhidmatan jalur lebar, pusat maklumat dan khidmat perundingan dan pengurusan untuk usahawan ICT.

4. TPM College Sdn. Bhd.

Menyediakan pendidikan peringkat ketiga mengkhusus kepada program latihan sebagai memenuhi pembangunan modal insan.

Visi

Menjadi peneraju taman teknologi perdana dengan perkhidmatan dan infrastruktur termaju untuk memacu pembangunan sains, teknologi dan inovasi yang membantu pembangunan perusahaan berasaskan pengetahuan untuk berkembang dan bersaing diperingkat global.

Misi

Menerajui pembangunan dan inkubasi usahawan tekno dalam mewujudkan ekosistem yang bersepadu bagi pertumbuhan berterusan dan pantas melalui sokongan aktiviti-aktiviti R&D, inovasi dan pengkomersialan.

Teras strategik

- Menginkubasi dan memupuk usahawan-usahawan berpengetahuan dengan menyediakan fasiliti, peralatan dan perkhidmatan sokongan.

- Mempermudahkan aktiviti R&D, inovasi dan perkomersialan dengan menyediakan infrastruktur, peralatan dan fasiliti terkini.

- Mempromosi dan merangsang sebuah komuniti berintelektual, kreatif dan inovatif untuk pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan dengan mengadakan persekitaran taman teknologi yang kondusif.

- Mempermudahkan perkongsian pintar antara kerajaan (sektor awam) dan swasta dalam pembangunan teknologi dan pengkomersialan hasil penyelidikan.

- Menyediakan platform bagi rantaian strategik perniagaan dan teknologi di antara institusi penyelidikan, akademik, komuniti kewangan dan industri di peringkat domestik dan global.

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90