Top Ad 728x90

Maxis penyiar mobiliti rasmi Piala Dunia 2010

Menjelang perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 edisi ke 19, pada 11 Jun hingga 11 Julai ini, peminat setia sukan itu pastinya telah bersiap bersedia untuk 'bersengkang mata' menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi.

Komited untuk memeriahkan acara yang diadakan setiap empat tahun itu, penyedia rangkaian telekomunikasi, Maxis Berhad (Maxis) mengambil inisiatif menawarkan perkhidmatan penyiaran dan kandungan mobiliti Piala Dunia FIFA 2010 kepada 12 juta penggunanya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Maxis, Jean-Pascal Van Overbeke, syarikatnya telah menerima hak penyiaran eksklusif untuk liputan 64 perlawanan secara langsung kepada para pelanggan mereka di Malaysia.

''Kami berbangga dapat membawa rakyat negara ini merasai pengalaman dan kemeriahan acara besar begini secara percuma tanpa memerlukan sebarang pakej langganan,'' katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam usaha menyokong pelaksanaan itu, sejak tahun lalu Maxis telah membelanjakan RM1.2 bilion bagi menaik taraf dan membangunkan infrastruktur teknologi terlibat.

Penyiaran mobiliti yang ditawarkan Maxis dibahagikan kepada beberapa medium seperti perkhidmatan dalam talian, capaian mobiliti melalui telefon bimbit dan pembangunan aplikasi khusus.

Pengguna yang ingin mengakses secara dalam talian perlu melayari laman web Maxis untuk menyaksikan perlawanan melalui aplikasi video streaming dengan kelajuan 400 kilobit sesaat (kbps).

Perkhidmatan menerusi telefon bimbit pula boleh dikunjungi menerusi laman portal Maxis secara mobiliti.

Untuk aplikasi khas, ia merujuk kepada perkhidmatan telefon bimbit tertentu seperti iPhone, Blackberry dan yang menggunakan platform Android.

Dalam perkembangan sama, Maxis juga akan melengkapkan kesemua pelanggannya dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengemaskini keputusan setiap perlawanan secara percuma.

Selain akses kepada aktiviti bola sepak, pada masa akan datang, Maxis bercadang untuk mengaplikasikan perkhidmatan yang sama bagi penyampaian perkhidmatan mobiliti lain seperti fesyen, makanan, hiburan dan sebagainya serta memperkenalkan televisyen melalui protokol Internet (IPTV).

- UTUSAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90