Menarik dalam Al Islam Jun 2010

Tidak ramai yang tahu sebenarnya cukup ramai masyarakat Yahudi yang mengecam serangan tentera rejim itu terhadap kapal-kapal yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza, Palestin baru-baru ini.

Mereka adalah Yahudi anti-Zionis. Kumpulan Yahudi anti-Zionis ini ada di merata-rata dunia, dalam pelbagai organisasi dan menyokong kemerdekaan negara Palestin. Malah, mereka turut menentang pembentukan negara Israel itu sendiri.

Antara pergerakan Yahudi ortodok anti-Zionis itu ialah Neturei Karta dan International Jewish anti-Zionist Movement (IJAN). Kumpulan-kumpulan ini menjalin hubungan baik dengan tokoh-tokoh Islam, termasuk personaliti yang dimusuhi Zionis seperti Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad dan ulama terkenal, Dr. Yusuf Qardhawi.

Pada ketika rejim Zionis terus mengganas dan bersikap angkuh, adalah baik jika masyarakat dapat mengenali kumpulan-kumpulan Yahudi anti-Zionis ini dengan lebih dekat.

Melalui maklumat tersebut, kita dapat melihat krisis Palestin-Israel dalam perpsektif yang baru. Semangat perjuangan kumpulan ini sangat menarik untuk kita ketahui.

Satu lagi isu menarik yang dikupas oleh Al Islam keluaran Jun ialah jenayah sihir. Tiada siapa yang boleh menafikan wujudnya amalan sihir di dalam masyarakat kita. Ia masih berleluasa.

Masalahnya, walaupun perbuatan keji itu menimbulkan pelbagai masalah kepada mangsa, tetapi si pelakunya tidak pernah diheret ke mahkamah atas tuduhan berkenaan. Sementelah, tiada kanun yang boleh menuduh mereka atas dakwaan sihir. Maka terlepaslah mereka daripada hukuman.

Jika begitu, apakah kesudahannya? Turut diselitkan dalam kupasan menarik keluaran Jun ini adalah kes-kes sihir melibatkan pertelingkahan suami isteri, keruntuhan rumah tangga dan kaedah menanganinya.

Artikel-artikel lain dalam Al Islam Jun 2010 adalah:

# Black metal: saya keji Tuhan, amalkan zikir syaitan

# Mehmet C Oz, hidupnya hanya untuk jantung

# Gempa bumi kerap, kiamat belum tentu

# Bukti kebenaran al-Quran di puncak Everest

# Antara azan dan mimpi di Simpang Renggam

# Ayah, bagaimana kita diciptakan?

# Bila tudung sekadar fesyen

# Hanya kerana wanita-wanita itu…
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url