10 Perkara Menarik di Piala Dunia 2010

1. Seramai 736 pemain berdaftar pada pusingan akhir Piala Dunia kali ini, 23 pemain bagi setiap 32 negara yang layak beraksi.
2. Penjaring gol paling tua pada kejohanan kali ini adalah Cuauhtemoc Blanco dari Mexico yang berusia 37 tahun 151 hari ketika menentang Perancis manakala penjaring gol paling muda adalah Thomas Mueller dari Jerman yang berusia 20 tahun 273 hari menentang Australia.

3. Pemain sayap Afrika Selatan, Siphiwe Tshabalala adalah penjaring gol pertama pada kejohanan kali ini, ketika mereka seri 1-1 menentang Mexico pada perlawanan pembukaan.

4. Pertahanan Denmark, Daniel Agger adalah penjaring gol sendiri pertama kejohanan kali ini, ketika kekalahan 2-0 pasukannya di tangan Belanda.

5. Penyerang Argentina, Gonzalo Higuain adalah pemain pertama yang menjaringkan hatrik pada kejohanan kali ini ketika kemenangan 4-1 Argentina ke atas Korea Selatan. Ia adalah hatrik ke-49 dalam sejarah Piala Dunia.

6. Sebanyak 101 gol dijaringkan daripada 48 perlawanan pada peringkat kumpulan dengan purata 2.10 bagi satu perlawanan. Gol ke-100 kejohanan dijaringkan oleh Andres Iniesta ketika Sepanyol mengalahkan Chile 2-1.

7. Dua pasukan - Algeria dan Honduras - pulang dengan fakta yang sama - tidak menjaringkan sebarang gol daripada tiga perlawanan kumpulan.

8. Pada kejohanan kali ini juga menghasilkan gol ke-2,100 dalam sejarah Piala Dunia - jaringan Javier Hernandez dari Mexico ketika mengalahkan Perancis 2-0 pada 17 Jun lalu. Ia adalah gol ke-37 kejohanan.

9. Jaringan Arjen Robben dari Belanda ketika mengalahkan Uruguay pada separuh akhir adalah juga gol ke-2,200 dalam sejarah Piala Dunia. Ia adalah gol ke-137 kejohanan.

10. Gol terpantas daripada sepak mula setakat ini adalah minit ketiga (2:38) oleh Thomas Mueller dari Jerman ketika mengatasi Argentina 4-0 pada suku akhir.

- BERITA HARIAN
Next Post Previous Post
1 Comments
  • tuan director
    tuan director Isnin, 12 Julai 2010 pada 9:42:00 PTG SGT

    details
    aku buat ringkas ja

Add Comment
comment url