Top Ad 728x90

Pakaian Paling Banyak Dikitar Semula


Walaupun negara kita sering didedahkan dengan kempen kitar semula untuk kesejahteraan alam dan bagi mengurangkan kos pelupusan sisa pepejal, namun ia belum menjadi budaya dan diamalkan segenap lapisan masyarakat.

Presiden Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS), Datuk Eadon Ching Ten Song berkata, sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mementingkan kebersihan alam sekitar, PASS memainkan peranan penting bagi mewujudkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan kitar semula dan kaitannya dengan alam.

“Kanak-kanak dan orang dewasa tahu maksud kitar semula tapi ramai yang tak bertindak. Mereka lebih suka simpan atau menjualnya di kedai barangan terpakai.

“Ada juga yang mahu derma atau buang barang tapi tidak tahu di mana. Akhirnya mereka membazir dengan membuang barang yang masih boleh diguna di tempat sampah,” katanya yang juga pengasas PASS.

Sejak ditubuhkan pada 2003, PASS telah menyediakan sebanyak 250 tong kitar semula di kawasan perumahan sekitar Lembah Klang bagi membolehkan orang ramai menghantar barang untuk diderma dan dikitar semula ke situ.

Pengambilan barangan terpakai dengan lori khas setiap Sabtu dan Ahad di tapak tertentu juga menarik minat orang ramai melibatkan diri dalam usaha menyelamatkan bumi.

Bagi barangan besar seperti perabot, PASS menyediakan khidmat mengutip barangan tersebut dari rumah, pejabat atau syarikat.“Orang ramai mahu lihat sendiri siapa yang ambil barang mereka dan mahu tahu ke mana ia disalurkan. Kita sediakan lori supaya mereka dapat hantar barang terpakai dan mereka puas hati.

“Khidmat pengambilan barangan saiz besar juga mendapat sambutan menggalakkan. Biasanya mereka ini mahu berpindah, menukar perabot baru dan sebagainya,” katanya.

PASS menerima semua jenis barang untuk dikitar semula kerana hampir semua barangan boleh dikitar semula, kecuali pakaian, kayu reput dan beberapa jenis alat mainan.

Jenis barangan yang paling banyak diterima PASS setiap hari adalah pakaian.

“Pakaian tak boleh kitar semula. Tapi jika masih elok, boleh guna semula. Kalau jual pun tak laku, kalau hantar ke rumah anak yatim ada yang tak mahu terima. Jadi, pakaian terpakai kita hantar ke Kemboja dan Laos,” katanya.

Mengakui pengetahuan masyarakat tentang 3R iaitu Reduce (mengurangkan), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula) masih kurang, bagaimanapun terdapat peningkatan dari segi jumlah penderma dan barang yang diterima untuk tujuan kitar semula setiap tahun.

Peningkatan ini adalah petanda positif kerana kerajaan dapat mengurangkan 40 hingga 60 peratus kos pengurusan sampah. PASS juga berjaya mengumpul sebanyak RM1.5 juta, hasil jualan amal barangan kitar semula.

Eadon juga mendedahkan PBT perlu membayar RM120 hingga RM150 bagi setiap tan barang terpakai kepada kontraktor yang menguruskannya.

“Malaysia kekurangan tanah untuk menampung lambakan sampah. Jika masyarakat masih tiada kesedaran, tapak pelupusan sampah yang luas akan menjejaskan tanah, udara dan seluruh alam sekitar yang menyebabkan bencana alam dan mengganggu kesihatan. “Kita mahu masyarakat tahu kitar semula juga sebahagian daripada kebajikan. Kita semula bermaksud beramal sambil selamatkan bumi,” katanya.

Mereka yang ingin mengitar semula barangan terpakai boleh menghubungi talian 03-90211888.

- MSTAR

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90