Pembayar cukai lewat hantar borang dikenakan penalti: LHDNM

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) berkata, pembayar cukai yang menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan selepas tarikh akhir akan menerima Notis Taksiran berserta penalti kerana lewat menghantar borang.

LHDNM dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, tarikh akhir yang ditetapkan ialah 30 April, 2010 bagi Borang BE dan 30 Jun, 2010 bagi Borang B.

Katanya, Notis Taksiran itu akan dihantar melalui pos.

Pembayar cukai yang menerima notis ini dinasihati menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan LHDNM di talian 1-300-88-3010 atau berhubung terus dengan cawangan LHDNM sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan.

- Bernama
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url