AmBank diiktiraf kecemerlangan

KUALA LUMPUR 16 Ogos - AmBank (M) Bhd. (AmBank) muncul sebagai bank pertama di Malaysia yang mampu menawarkan perkhidmatannya kepada para pelanggan walaupun di kawasan-kawasan pedalaman.

Kejayaan itu dicapai apabila bank itu beralih daripada penggunaan talian biasa yang dipajakkan kepada penyambungan keselamatan tanpa wayar (SWC) seperti mana khidmat 3G yang disediakan oleh Celcom Axiata Bhd. (Celcom) dan DiGi Telecomunication Sdn. Bhd. (DiGi).

Usaha inovatif yang dilaksanakan AmBank, telah membolehkan bank itu memenangi anugerah Share/Guide Asssociation (M) ICT Awards 2010 di bawah kategori kecemerlangan keselamatan perusahaan.

AmBank dalam kenyataannya di sini hari ini berkata: ''AmBank kini menjadi peneraju industri dalam menetapkan piawaian terhadap kebolehan menggerakkan mesin juruwang automatik (ATM) di Malaysia.

''SWC menawarkan ciri-ciri keselamatan yang sama dengan syarikat telekomunikasi yang lain,'' kata bank itu.

Pada waktu ini, kata AmBank, SWC membolehkan AmBank meletakkan ATM di mana-mana sahaja selagi mempunyai perkhidmatan telefoni bergerak.

Pengarah Urusan Perbankan Peruncitan Kumpulan AmBank, Datuk Mohamed Azmi Mahmood berkata, AmBank secara agresif yang mempunyai strategi untuk meningkatkan perkhidmatannya kepada para pelanggan dengan memberi kemudahan yang lebih meluas dan mudah.

''Kami memberi kemudahan seperti mesin layan diri seperti ATM dan CDM di luar lokasi premis AmBank.

''Teknologi tanpa wayar ATM merupakan kunci utama strategi kami untuk mencapai matlamat yang ditetapkan,'' ujar beliau.

Tambahnya, dengan penyelesaian mudah 'pasang dan mainkan' untuk ATM tanpa wayar, AmBank sekarang boleh meletakkan ATM miliknya di lokasi-lokasi strategik.

Pelaksanaan ATM tanpa wayar turut membantu mengurangkan kos berlebihan bank secara signifikannya di mana bank perlu menyerahkan wang simpanan itu kepada para pengguna dengan menawarkan produk-produk lebih inovatif pada masa akan datang.

Buat masa ini, AmBank mempunyai 806 ATM di seluruh negara dan 400 daripada telah dipasang di kedai runcit 7-Eleven.

- UTUSAN
Next Post Previous Post
No Comment
Add Comment
comment url