MP Kuala Kurau Dilantik Pengerusi PTPTN Yang Baru
Beliau menggantikan Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman yang tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Ogos.
Menurut Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, pelantikan itu adalah selaras dengan kuasa-kuasa yang diberikan di bawah Subseksyen 7 (3) Akta PTPTN (Akta 566).
"Dengan pelantikan ini, diharapkan pengerusi PTPTN yang baru akan dapat melaksanakan tangungjawab dengan baik ke arah memantapkan lagi fungsi dan peranan PTPTN di dalam memberikan bantuan pembiayaan pelajaran kepada pelajar-pelajar di negara ini," katanya dalam satu kenyataan.
- BERNAMA