PM terima gaji RM22,826.65 Sebulan

Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2005, mulai 1 Januari 2004.

Sementara itu Timbalan Perdana Menteri pula dibayar sebanyak RM18,168.15 sebulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, manakala bagi Jemaah Menteri, mereka menerima gaji sebanyak RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Januari 2004," katanya dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N. Gobalakrishan (PKR-Padang Serai).

Gobalakrishnan meminta penjelasan mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 pada Sidangan Dewan Rakyat Selasa.

Dalam pada itu menurut Mohamed Nazri lagi, jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota Kabinet bagi tahun 2009 ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Bagi 2007, gaji tahunan yang telah dibayar ialah sebanyak RM5,858,529.60 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

- MSTAR
Next Post Previous Post
4 Comments
  • Faarihin
    Faarihin Rabu, 24 November 2010 pada 8:58:00 PG SGT

    pergh.. dasat...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Rabu, 24 November 2010 pada 9:27:00 PG SGT

    dasat apernyer....takat rm22k byk apa...sama dgn gaji 3 org pengetua sekolah....tp tugas PM lg berat

  • suffer8zine
    suffer8zine Rabu, 24 November 2010 pada 9:36:00 PG SGT

    alaaa tgk la, rumah pm dah berapa juta harga

    Terkini : Wanita Paling Rendah Di Dunia

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 29 November 2010 pada 1:12:00 PTG SGT

    tu baru gaji, x masuk elaun itu ini lg..campo2 mau juta2..

Add Comment
comment url