Top Ad 728x90

,

27 Terbunuh Kemalangan Bas Di Simpang Pulai


IPOH: Seramai 27 penumpang, kebanyakannya pelancong dari Thailand, terbunuh selepas sebuah bas pesiaran membawa pelancong negara itu terlibat dalam satu kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pukul 11.40 pagi Isnin.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Zakaria Yusof berkata 22 orang mati di tempat kejadian manakala empat lagi meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital di sini.

Katanya bas dua tingkat itu milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah, membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.

Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah menggerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.

Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.

Zakaria berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.

Menurutnya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti.

Senarai Nama Mangsa

Pihak polis setakat ini mengeluarkan senarai nama dua rakyat Malaysia dan 25 rakyat Thailand daripada 27 orang kesemuanya yang terbunuh dalam kemalangan di Km15, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada pukul 11.40 pagi semalam.

1. Omar Shahidan, 48, pemandu, rakyat Malaysia
2. Soontorn a/l Kian, 38, (pemandu pelancong lelaki keturunan Siam Malaysia)
3. Charcart Knagsuwan, 48, (lelaki)
4. Thanvaraj Poolsang, 36, (perempuan)
5. Nutthiya Inyyim, 50, (perempuan)
6. Poonporn poolsaene, 41, (lelaki)
7. Sumruay Swatphet, 48, (lelaki)
8. Putharee Akkrarachaw Wanont, 42, (perempuan)
9. Ponethanest Akkrarachaw Wanont, 45, (lelaki)
10. Suchanchida Chaiaueai, 40, (perempuan)
11. Sriwai Swatphet, 42, (perempuan)
12. Prinya Prassakulchai, 48, (perempuan)
13. Chutima Throukool, 25, (perempuan)
14. Thitisak Pongtanarat, 51, (lelaki)
15. Junpen Pongtanarat, 50, (perempuan)
16. Phayong Kruanjinli, 59, (lelaki)
17. Ekachai Na Bangxang, 64, (lelaki)
18. Mantana Phromduag, 51, (perempuan)
19. Rungnada Klungsawan (perempuan)
20. Darunee Songserm (perempuan)
21. Isariya Thiangtham, 25, (perempuan)
22. Ampaiwan Thiangtham, 50 (perempuan)
23. Maliwan Mekmahaprom, 53, (perempuan)
24. Achara Wiwat, 36, (perempuan)
25. Natkritta Poolsaeng, 6, (perempuan)
26. Weera Chuntanagon, (lelaki)
27. Areena Songserm (perempuan)

- BERNAMA

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90