Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun - Selamat Tahun Baru 1432 Hijrah

Doa Akhir Tahun (Baca selepas solat Asar 29 Zulhijjah 1431 / 6 Disember 2010 - Isnin) :



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.

Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah.

Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.



Doa Awal Tahun (Baca selepas solat Maghrib 6 Disember 2010 - Isnin) :



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.

Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Next Post Previous Post
4 Comments
  • fulisiakantora
    fulisiakantora Isnin, 6 Disember 2010 pada 6:12:00 PG SGT

    A'kum sahabat, saya ada sedikit kemusykilan di sini, amalan doa tahun baru ini langsung dari ajaran Rasulullah atau perkara baru dalam ibadah (bidaah)??? Tolong perjelaskan buat saya yg jahil, terima kasih.

  • suffer8zine
    suffer8zine Isnin, 6 Disember 2010 pada 8:50:00 PG SGT

    ok dah baca, nice

    Terkini : Seluar Dalam Kalis Bom | Fakta Bukan Auta | GIVEAWAY Lumayan

  • ainnina
    ainnina Isnin, 6 Disember 2010 pada 11:37:00 PG SGT

    saya copy ke blog saya.....thanks for sharing...

  • Tanpa Nama
    Tanpa Nama Isnin, 6 Disember 2010 pada 2:18:00 PTG SGT

    salam,saya liza

    minta izin nk copy doa ini ye... terima kasih

Add Comment
comment url