Top Ad 728x90

,

Isu pilihan Tahun 2010

Tahun 2010 menyaksikan pelbagai perkembangan menarik termasuk yang membabitkan keluarga diraja di beberapa negeri. Yang paling menonjol ialah perebutan takhta di Kelantan.

Tahun ini juga menyaksikan beberapa individu terkemuka didakwa atas tuduhan rasuah, termasuk bekas menteri pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik berhubung isu PKFZ serta bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung pembelian tapak kediaman mewahnya di Shah Alam.

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) juga turut mencuri perhatian umum. Ia muncul ketika Umno dilihat tidak mampu menyentuh isu-isu mengenai hak keistimewaan Melayu kerana bimbang kehilangan undi bukan Melayu.

Maka tugas tersebut diteruskan oleh PERKASA yang diketuai oleh ahli parlimen Bebas, Datuk Ibrahim Ali.

Sementara itu, pemilihan langsung pucuk pimpinan PKR menjadi perhatian ekoran pelbagai kontroversi yang timbul, sehinggakan calon timbalan presidennya, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti dan kini menganggotai parti baru.

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula memenangi jawatan presiden MCA Mac lalu, manakala Datuk Seri S Samy Vellu melepas jawatan presiden MIC baru-baru ini. Berikutan adalah Pilihan 10 bagi tahun ini.

Keluarga diraja jadi tajuk berita

Keluarga diraja di beberapa buah negeri menjadi perhatian media tahun ini.

Pergolakan membabitkan istana Kelantan menyaksikan persaingan antara dua adik beradik untuk menduduk takhta. Malah, ia turut dibawa ke mahkamah. Sultan yang lumpuh akibat serangan angin ahmar, digantikan oleh putera lelaki sulungnya.

Manakala keluarga diraja Perak pula menjadi tumpuan berhubung hak memerintah, apabila timbul persoalannya mengenai pindaan perlembagaan negeri berhubung perkara itu, dilakukan tergesa-gesa di Dewan Undangan Negeri.

Di Selangor pula, projek pembinaan Hospital Shah Alam yang diberikan kepada anggota keluarga diraja terbengkalai dan menjadi perhatian media.

Sepanjang tahun ini juga, pihak istana turut menyuarakan pandangan mereka mengenai isu termasuk mengembalikan imuniti ke atas mereka serta isu perlembagaan yang membabitkan kedudukan mereka sebagai raja-raja Melayu.

Lesen judi pertaruhan

Apabila tersebarnya kabar bahawa kerajaan secara diam-diam mengeluarkan lesen untuk lesen pertaruhan sukan kepada Ascot Sports - anak syarikat Berjaya Group milik Tan Sri Vincent Tan - ia mencetus protes di seluruh negara.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat berikrar untuk mengenakan larangan terhadap aktiviti tersebut, dan kerajaan pusat pula berdepan dengan tekanan dari PAS dan Umno sendiri supaya membatalkan permit tersebut.

Tan berusaha untuk menenang keadaan dengan mengumumkan bahawa beliau akan menyumbang RM525 juta untuk tujuan amal dengan menjual sahamnya dalam Ascot Sukan kepada Berjaya Corp. Namun ia tidak mengurang bantahan di seluruh negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya mengumumkan bahawa kerajaan telah menolak pemberian lesen pertaruhan sukan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Isu pasir di Selangor

Industri pasir di Selangor menjadi tumpuan media ekoran perbuatan mencuri pasir yang mengakibatkan kerajaan negeri kehilangan pendapatan.

Kerajaan negeri berusaha untuk menyatukan pengurusan industri tersebut melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd, tetapi syarikat itu gagal mencapai sasaran kewangannya. Namun, syarikat itu didapati telah membayar bonus yang lumayan kepada kakitangannya.

Sementara itu, 'perang' antara kerajaan negeri dan pusat berhubung isu air berlanjutan setahun lagi, dengan Selangor berkeras bahawa air sepatutnya dibekalkan kepada pelanggan pada harga yang rendah.

Berikutan itu, kira-kira 7,000 wakil kerajaan negeri, NGO dan orang awam, menyertai perhimpunan untuk menyerahkan petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong, membantah kenaikan tarif air. Kerajaan pusat telah membenarkan kerajaan negeri meneruskan dengan penstrukturan semula industri itu.

Sementara itu, dasar Selangor menentang rasuah tercemar ekoran isu 'surat sokongan' yang menyebabkan Tee Boon Hock dari DAP dan bosnya Ronnie Liu menjadi sasaran.

Tee didapati menyalahgunakan kedudukannya dengan menggunakan kepala surat Liu untuk mendapatkan kontrak sehingga RM1 juta. Dia dipecat dari DAP dan sebagai ahli Dewan Perbandaran Klang.

Kes rasuah berprofail tinggi

Tahun ini menyaksikan beberapa individu terkemuka didakwa atas tuduhan rasuah. Mereka termasuk bekas menteri pengangkutan Tun Dr Liong Liong Sik berhubung isu PKFZ dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung pembelian tapak kediaman mewahnya di Shah Alam..

Manakala mahkamah membebaskan bekas pengarah bahagian jenayah komersil Datuk Ramli Yusof . Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria pula dibebaskan mahkamah dari tuduhan politik wang.

Bekas ketua pengarah Imigresen Wahid Md Dom pula dibebaskan dari tuduhan rasuah. Bagaimanapun, timbalannya Yusof Abu Bakar didapati bersalah dan dihukum 56 tahun penjara. Hukuman bagi 14 tuduhan terhadapnya berjalan serentak, dan bermaka Yusof akan menjalani hukuman selama enam tahun.

Ketua pengarah pelancongan pula, Datuk Mirza Mohammad Taiyab pula dibebaskan dari tuduhan rasuah tahun lalu, tetapi kini berdepan pula dengan tuduhan baru berhubung aktiviti Pempena - anak syarikat kementerian berkenaan yang bermasalah.

Kes rasuah berprofail tinggi

Tahun ini menyaksikan beberapa individu terkemuka didakwa atas tuduhan rasuah. Mereka termasuk bekas menteri pengangkutan Tun Dr Liong Liong Sik berhubung isu PKFZ dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berhubung pembelian tapak kediaman mewahnya di Shah Alam..

Manakala mahkamah membebaskan bekas pengarah bahagian jenayah komersil Datuk Ramli Yusof . Bekas ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Norza Zakaria pula dibebaskan mahkamah dari tuduhan politik wang.

Bekas ketua pengarah Imigresen Wahid Md Dom pula dibebaskan dari tuduhan rasuah. Bagaimanapun, timbalannya Yusof Abu Bakar didapati bersalah dan dihukum 56 tahun penjara. Hukuman bagi 14 tuduhan terhadapnya berjalan serentak, dan bermaka Yusof akan menjalani hukuman selama enam tahun.

Ketua pengarah pelancongan pula, Datuk Mirza Mohammad Taiyab pula dibebaskan dari tuduhan rasuah tahun lalu, tetapi kini berdepan pula dengan tuduhan baru berhubung aktiviti Pempena - anak syarikat kementerian berkenaan yang bermasalah.

Fajar menyinsing untuk BN?

BN boleh tersenyum setelah memenangi tiga daripada empat pilihan raya kecil tahun ini - di Hulu Selangor, Galas dan Batu Sapi. BN hanya kehilangan kerusi parlimen Sibu.

MIC dan MCA pula memperkukuhkan kepimpinan masing-masing. Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kembali menerajui MCA, manakala Datuk Seri S Samy Vellu pula melepaskan jawatan presiden MIC lebih awal daripada yang dijangkakan.

Pindaan penting perlembagaan telah dibuat untuk memperbesar BN. Sekarang ia membolehkan individu menjadi ahli bersekutu, manakala NGO pula boleh diserap sebagai ahli sekutu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak pula melaungkan perubahan sebelum pilihan raya umum berikutnya. BN, katanya, harus membuang empat penyakit, iaitu delusion atau khayalan, amnesia atau kelupaan, inertia atau kejumudan dan arrogance atau keangkuhan untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat.

Bahkan, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga optimistik apabila meramalkan BN boleh melakukan yang lebih baik dari tahun 2008, di mana gabungan itu kehilangan lima negeri kepada Pakatan Rakyat, serta gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di parlimen.

Pemilihan PKR: Percubaan berani atau satu bencana?

Ketika PKR meluluskan resolusi tahun lalu untuk melaksanakan pemilihan langsung, tidak seorang pun yang mungkin menjangka impaknya terhadap parti itu.

Ini adalah kali pertama di mana setiap ahli boleh mengundi untuk memilih pucuk pimpinan parti itu. Tetapi ianya ternyata telah menjadi pedang bermata dua.

Persaingan sengit berlaku bagi jawatan timbalan presiden apabila Datuk Zaid Ibrahim - yang baru kira-kira setahun menyertai PKR - mengumumkan bertanding jawatan tersebut.

Apa yang seharusnya menjadi 'festival demokrasi' telah bertukar menjadi persaingan yang begitu sengit, sehingga Zaid menggesa ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan orang kanannya, Azmin Ali supaya berundur.

Pemilihan tersebut berdepan dengan dakwaan berlakunya penipuan dalam proses pengundian, sekaligus mencetuskan kekecewaan di kalangan penyokong setia yang mengharapkan parti itu menjadi contoh dalam politik tempatan.

Di tengah keriuhan itu, Azmin dan pasukannya dinobatkan sebagai pemenang besar, selepas Zaid menarik diri daripada bertandingan jawatan tersebut.

'Kawah sup abjad'

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan siri pembaharuan ekonomi yang 'menggelegak dalam kawah sup abjad'

Terdapat NEM (Model Ekonomi Baru), ETP (Pelan Transformasi Ekonomi) dan NKEA (Bidang Ekonomi Utama Negara) - semua bertujuan untuk menarik negara keluar daripada status 'berpendapatan menengah' kepada 'berpendapatan tinggi', menjelang 2020.

Namun, beberapa matlamatnya mendapat tentangan daripada PERKASA, malah dari kalangan ahli Umno sendiri, yang mahu mempertahankan dasar tindakan afirmatif berasaskan kaum.

Kerajaan akur sepertimana yang terbukti dalam laporan yang diterbitkan pada Disember, denan mengekalkan kuota 30 peratus bumiputera.

Turut menjadi sasaran ialah projek mega di bawah ETP - menara 100 tingkat 'Wisama Merdeka' - yang menyaksikan bantahan oleh 270,000 ahli kumpulan Facebook serta 'protes parti kek' terhadap pembaziran membina menara tersebut yang bakal dibangunkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Tumpuannya disasarkan kepada projek RM26 bilion Daerah Kewangan Antarabangsa Kula Lumpur, yang pada awalnya dikatakan terletak di lokasi lapangan terbang lama Sungai Besi. Satu daripada dakwaan itu mengaitkan jutawan Jho Low dengan projek tersebut, tetapi beliau telah menafikannya.

Isu agama

Debat tercetus selepas sebuah mahkamah tinggi di Kuala Lumpur memutuskan bahawa akhbar Katholik - Herald - boleh menggunakan perkataan 'Allah' dalam seksyen bahasa Melayunya.

Umat Islam berhujah bahawa nama tersebut adalah eksklusif untuk mereka, manakala bukan Islam pula, terutamanya Kristian dan Sikh, berkata mereka juga berhak menggunakan perkataan itu.

Manakala ada yang mengadakan protes aman untuk menyuarakan bantahan mereka, manakala ada pula yang melepaskan kekecewaan mereka terhadap bangunan gereja. Antaranya ialah Gereja Metro Tabernacle yang tingkat bawahnya menjadi sasaran bom api. Ini diikuti oleh beberapa lagi serangan terhadap gereja, masjid, surau dan kuil Silk.

Kesannya yang lebih besar ialah ia meningkatkan lagi isu berunsur agama seperti isu hak penjagaan dalam kes Shamala Sathiyaseelan dan kunjungan ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching ke surau, serta menyampaikan ucapan.

Sebuah jawatankuasa antara agama ditubuhkan untuk menjembatani perbezaan tersebut, tetapi ia banyak kemajuan dicapai selepas mengadakan satu mesyuarat pada bulan April.

- MALAYSIAKINI

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90