Top Ad 728x90

,

Keupayaan AmanahRaya setanding dalam semua aspek pengurusan

AMANAHRAYA sebagai syarikat pemegang amanah milik penuh kerajaan perlu menawarkan dan mengekalkan perkhidmatan kepada pelanggan setaraf syarikat amanah milik swasta yang ada di pasaran.

Keupayaan AmanahRaya setanding dalam semua aspek pengurusan terutama yang membabitkan khidmat pelanggan. Seiring kehendak semasa, AmanahRaya mampu mengurus masalah diterima menggunakan tatacara teratur dari segi undang-undang dan pendekatan budi bicara dibenarkan.

Selepas lebih sedekad dikorporatkan, AmanahRaya masih kekal sebagai peneraju dalam bidang peramanahan. AmanahRaya juga berjaya melaksanakan proses pembangunan serta pengembangan merangkumi pengubahsuaian dan penambahbaikan berterusan.
Perubahan itu bagi memastikan AmanahRaya terus mengekalkan tanggungjawab, memenuhi serta menepati kehendak pelanggan dengan menyeragamkan proses dan peraturan perkhidmatan peramanahan di semua 19 cawangannya di seluruh negara.
Ia penting kerana peranan AmanahRaya sebagai pemegang amanah adalah asas kepada perniagaan teras dan kewujudannya. Oleh itu, AmanahRaya tidak berkompromi dalam memastikan tahap integriti pada peringkat yang tertinggi dan terbaik.

Jenama yang sering dikaitkan dengan AmanahRaya adalah amanah yang perlu dipikul penuh dan diberi tafsiran positif demi kepentingan rakyat khususnya pengguna dan kerajaan.

Firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat. (Surah an-Nisaa, ayat 58)
Sebagai pemegang amanah, AmanahRaya terikat dengan akta penubuhannya iaitu Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 yang menjadi landasan utama kepada kekuatan dan kesinambungan AmanahRaya untuk terus kekal menjadi pemegang amanah pilihan pelanggan.

Menurut undang-undang sivil negara, pemegang amanah didefinisikan mengikut Seksyen 3 Akta Pemegang Amanah 1949 sebagai perbadanan yang dilantik mahkamah dalam kes tertentu sebagai pemegang amanah atau syarikat didaftarkan sebagai syarikat peramanahan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 atau Amanah Raya Berhad mengikut Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

Manakala menurut syariah pula, pemegang amanah ialah orang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal anak, pemulangan pinjaman atau pembayaran hutang iaitu sebagai wakil simati melalui tanggungjawab diberikan simati.

Antara usaha dilaksanakan AmanahRaya ialah memperkenalkan Nilai Murni AmanahRaya pada 2005 dengan seruan penting supaya setiap kakitangannya sentiasa meletakkan kepentingan awam dan pelanggan lebih utama daripada kepentingan sendiri.

Nilai murni itu memberi penekanan kepada lima asas utama perkhidmatan seperti ilmu, amanah, bangga, kerja berpasukan dan kecemerlangan khidmat pelanggan.

Justeru, kakitangan AmanahRaya perlu mendalami ilmu berkaitan produk dan perkhidmatan dalam bidang berkaitan untuk mendapatkan hasil yang cemerlang secara cekap serta berkesan. Pada masa sama, hendaklah menghargai kepercayaan pelanggan dengan menjalankan tugas secara adil, jujur dan ikhlas.

- BERITA HARIAN

0 Comment:

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.


Untuk mendapatkan Pakej Cara Untuk Buat Resume Terbaik Cara Sediakan Resume Kerja

Top Ad 728x90